Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik

Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik
link : Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik

Baca juga


Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik

GERIK: Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik-Jeli di sini tengahari tadi.

Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Audi, Perodua Kenari dan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier itu juga turut menyebabkan dua mangsa cedera parah dan empat lagi cedera ringan.

Mangsa yang meninggal dunia adalah dua penumpang kereta jenis Audi, Che Wan Teh Abdul Aziz, 54 dan Muhammad Khairul Khawrizmie Azizan, 17 tahun.

Turut maut adalah pemandu kereta jenis Nissan Frontier, Rosli Zakaria, 54, serta seorang penumpangnya yang masih belum diketahui identiti.

Difahamkan kenderaan Nissan Frontier dan Kenari berkenaan dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli manakala Audi pula dari arah bertentangan. - Foto PDRM
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Ismail Che Isa berkata kejadian berlaku di kawasan hitam, iaitu lokasi yang sering berlaku kemalangan.

"Cuaca pada ketika itu baik. Namun, ini salah satu tempat sering berlaku kemalangan.

"Untuk makluman juga, kawasan ini salah satu kawasan hitam berlaku kemalangan maut," katanya.

Ketua operasi dari Bomba dan Penyelamat Gerik, PBK II Mohd Nizam Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada jam 12.56 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Terdapat seramai 10 orang mangsa keseluruhannya, empat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dua cedera parah dan empat mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.

Operasi menyelamat masih sedang giat dijalankan.

Difahamkan kenderaan Nissan Frontier dan Kenari  berkenaan dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli manakala Audi pula dari arah bertentangan.



Sumber Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik


Demikianlah Artikel Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik

Sekianlah artikel Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.