Dain Said Tak Tahu Dukun Bocor

Dain Said Tak Tahu Dukun Bocor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dain Said Tak Tahu Dukun Bocor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dain Said Tak Tahu Dukun Bocor
link : Dain Said Tak Tahu Dukun Bocor

Baca juga


Dain Said Tak Tahu Dukun Bocor

Filem kontroversi Dukun kembali menjadi bualan hangat netizen selepas beberapa perkongsian ‘link’ daripada pihak tertentu dimuat naik di Internet sejak minggu lalu.

Lapor Harian Metro, filem arahan Dain Said itu dapat ditonton selama 1 jam 35 minit. Ia memaparkan hampir keseluruhan jalan cerita filem terbabit. Bagaimanapun penamat filem yang dimuat naik itu bukan penamat sebenar kerana proses suntingan belum selesai.

Pengarah filem terbabit, Dain Said mengaku tidak tahu menahu berkenaan kebocoran filem itu.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya baru pulang dari Terengganu dan sepanjang di sana tidak ada jaringan Internet.

“Apa saya boleh katakan, ini filem lama dan saya sudah lama ‘move on’ dengan beberapa filem lain selepas itu. Lagi pun, ia bukan filem saya, jadi kena tanya penerbit,” katanya.

Sementara itu, pihak Kemajuan Filem Nasional (Finas) memandang serius isu kebocoran filem Dukun di internet dan masih menunggu laporan serta maklum balas daripada pihak penerbit sekiranya ia dibocorkan tanpa pengetahuan.

Menurut Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob berkata, pihaknya juga turut mengambil inisiatif bersama beberapa badan bertindak bagi menangani masalah seumpama ini.

“Sebelum ini, Finas sudah mengambil inisiatif penting bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Membanteras Cetak Rompak Digital sebagai sinergi bersama menangani isu filem di pawagam yang dimuat naik ke laman sesawang oleh individu tidak bertanggungjawab dan beretika.

“Namun, kita perlu maklumat lanjut memandangkan ia melanggar isu hakcipta dan harta intelek. FINAS berharap pengguna sedar tindakan menyebar dan memuat turun kandungan adalah salah di sisi undang-undang,” katanya

Terdahulu, media melaporkan Filem Dukun yang menjalani penggambaran pada 2006 dikatakan bakal menemui penonton pada 2007.

Dukun diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengharamkan filem berkenaan kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Filem tersebut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datin Paduka Umie Aida, Hasnul Rahmat, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi.



Sumber Dain Said Tak Tahu Dukun Bocor


Demikianlah Artikel Dain Said Tak Tahu Dukun Bocor

Sekianlah artikel Dain Said Tak Tahu Dukun Bocor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: