Judul : Cantik Sangat Sampai Digelar Barbie Hidup
link : Cantik Sangat Sampai Digelar Barbie Hidup
Cantik Sangat Sampai Digelar Barbie Hidup
Meskipun usianya bertambah dan kini berstatus ibu tiga cahaya mata namun pesona wajah Nia Ramadhani seolah tidak pernah pudar.Ramai yang memuji kecantikan wajah pelakon yang namanya pernah popular di Malaysia menerusi watak Siska (sinetron Bawang Putih Bawang Merah) ini walaupun sudah berusia 27 tahun.
Baru-baru ini, isteri Ardi Bakrie itu mencuri perhatian peminat selepas memuat naik sekeping foto di akaun Instagram.
Walaupun hanya mengenakan solekan yang nipis dan nampak natural kecantikan Nia tetap terserlah.
..
Rata-rata pengikutnya memberi pujian dan terpukau dengan kecantikan aktres itu malah ada yang menyifatkan cantik Nia "keterlaluan" sehingga pemilik nama sebenar Prianti Nur Ramadhani ini digelar bak barbie hidup oleh netizen.
"Barbie hidup (emoji penuh cinta)," komen seorang peminat dikenali sebagai @vinni***0109.
"Bener bener barbie hidup. dari dlu sllau suka sm kak nia @ramadhaniabakrie selain cantik. Ramah," tambah seorang lagi.
"Keterlaluan cantiknyaaa," puji e_n***aida. "Iya trlalu cantikkk," komen julia_***abarat.
"Cantik overload @ramadhaniabakrie," tulis sisch***nika.
Rakan selebriti seperti Marshanda dan Epy Kusnandar turut memberi pujian.
"Too prettyy (emoji cium)," tulis Marshanda.
"Iya bener @marshanda99 ia terlalu cantik eh cantik bingit!" tambah Epy.
Sumber Cantik Sangat Sampai Digelar Barbie Hidup