Judul : Chee Keong naik helikopter ke padang
link : Chee Keong naik helikopter ke padang
Chee Keong naik helikopter ke padang

KEMATIAN penjaga gol legenda bola sepak Malaysia, Chow Chee Keong pagi tadi turut mendapat liputan akhbar South China Morning Post di Hong Kong.
Menurut bekas Pengerusi Persatuan Bolasepak Hong Kong, Lawrence Yu Kam-kee, sumbangan mendiang kepada bola sepak Hong Kong amat besar.
"Dia kekal dalam ingatan saya. Dia adalah penjaga gol terbaik Asia dan menjadi kebanggaan Hong Kong ketika itu. Dia muncul pemain paling mahal di Hong Kong malah mengatasi bayaran pemain Eropah, sesuatu yang luar biasa bagi seorang pemain berbangsa Cina.
Menurut Lawrence, ketika Chee Keong pertama kali tiba di Hong Kong dia dilayan seperti raja dan menerima gaji HK$2,500 lebih tinggi berbanding selebriti British ketika itu seperti Derek Currie dan Walter Gerrard.
"Saya ingat lagi dia tiba untuk satu perlawanan dengan menaiki helikopter. Detik itu salah satu memori yang tak boleh saya lupakan. Dia sangat popular dalam kalangan peminat sekali gus memberi sumbangan besar kepada bola sepak Hong Kong. Kami pasti merinduinya," katanya.
Chee Keong meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada pukul 7 pagi tadi pada usia 69 tahun akibat kanser pundi kencing.
Sumber Chee Keong naik helikopter ke padang