Berita Gembira Buat Pemilik Bisnes. Aplikasi Baru Whatsapp Business Percepatkan Urusan Perniagaan.

Berita Gembira Buat Pemilik Bisnes. Aplikasi Baru Whatsapp Business Percepatkan Urusan Perniagaan. - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Berita Gembira Buat Pemilik Bisnes. Aplikasi Baru Whatsapp Business Percepatkan Urusan Perniagaan., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berita Gembira Buat Pemilik Bisnes. Aplikasi Baru Whatsapp Business Percepatkan Urusan Perniagaan.
link : Berita Gembira Buat Pemilik Bisnes. Aplikasi Baru Whatsapp Business Percepatkan Urusan Perniagaan.

Baca juga


Berita Gembira Buat Pemilik Bisnes. Aplikasi Baru Whatsapp Business Percepatkan Urusan Perniagaan.

Sekiranya anda merupakan pemilik atau pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (SME), aplikasi terkini Whatsapp Business sangat berguna dan sesuai untuk kegunaan anda.

Mengikut laporan The Digital News Report pada tahun lepas, rakyat Malaysia merupakan pengguna Whatsapp yang paling banyak dalam dunia.

Hal ini menunjukkan bahawa aplikasi ini dekat dengan pengguna negara ini yang menggunakan watsupp sebagai platform untuk berhubung dengan keluarga, rakan sekerja, bekas rakan sekolah, rakan baru dan juga urusan jual beli.

Dan yang terbaru dengan adanya whatsupp untuk bisnes. Melalui aplikasi ini, WhatsApp mensasarkan WhatsApp buat peniaga-peniaga kecil yang berniaga atas talian.

#1- Beza Whatsupp Bisnes Dan Whatsupp

Apa bezanya Whatsapp Business dan Whatsapp yang anda sedang guna sekarang ini? Aplikasi ini sedikit berbeza daripada aplikasi WhatsApp yang biasa dimana ia disasarkan kepada peniaga bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Ianya turut dilengkapi dengan balasan pantas yang akan membuat balasan mesej kepada pelanggan sekiranya peniaga sedang sibuk.

WhatsApp Business membolehkan pemilik bisnes meletakkan info tambahan pada profail WhatsApp mereka seperti maklumat bisnes, email serta alamat premis serta laman web untuk memudahkan pembeli mendapatkan produk yang ditawarkan.

Aplikasi ini turut membolehkan pengguna membalas mesej dengan lebih cepat dengan penawaran jawapan pilihan yang sering digunakan. Akaun bisnes turut ditunjukkan tanda bisnes untuk memudahkan pengguna mengecam sebelum berjual beli. Sebuah aplikasi yang menarik untuk dicuba.

Buat sahabat-sahabat bisnes di luar sana jom ambil peluang untuk mencuba. Mungkin dapat membantu perniagaan anda untuk lebih efisien.

#2-Whatsapp Business : Unik dan Mudah

Menurut FAQ dari laman rasmi Whatsapp, aplikasi ini direka khas buat penguasaha kecil dan sederhana. Para peniaga boleh memuat turun secara percuma di Google Playstore dan boleh terus guna tanpa sebarang yuran ataupun langganan.

Tetapi hanya pengguna android versi 4.0.3 ke atas sahaja yang boleh muat turun. Anda juga boleh menggunakan aplikasi ini menerusi Whatsapp Web.

Whatsapp Business, seperti namanya, mempunyai ciri-ciri seperti waktu beroperasi, verification account ( untuk elakkan pengguna daripada tertipu), laman web, alamat, dan ruangan informasi ringkas mengenai perniagaan anda.

Menurut Whatsapp lagi, versi yang akan datang akan mempunyai simbol verification berdekatan nama perniagaan anda dan pelbagai lagi ciri penambahbaikan dan keselamatan akan ditambah.

Yang menariknya, aplikasi ini juga membolehkan anda untuk balas pertanyaan FAQ pelanggan secara automatik. Tidak perlu lagi taip ‘Selamat membeli, terima kasih, maaf kami tidak beroperasi hari ini dan lain-lain secara berulang-ulang. Pastinya, statistik mesej perbualan urusan jual-beli akan lebih sistematik dan terurus. Barulah cepat dapat untung.

Selain itu, ciri-ciri Whatsapp biasa seperti call, video call, live location dan chat masih boleh digunakan, tetapi anda tidak boleh menggunakan nombor telefon yang sama untuk aplikasi Whatsapp dan Whatsapp Business ( tetapi boleh ada kedua-dua Whatsapp ini dalam satu telefon).

Menurut sumber lagi, anda juga boleh membuka akaun Whatsapp Business dengan menggunakan nombor telefon pejabat.

Pelanggan tidak perlu memuat turun Whatsapp Business untuk urusan jual beli. Sebarang pertanyaan ataupun urusan boleh dilakukan menggunakan Whatsapp biasa.



Sumber Berita Gembira Buat Pemilik Bisnes. Aplikasi Baru Whatsapp Business Percepatkan Urusan Perniagaan.


Demikianlah Artikel Berita Gembira Buat Pemilik Bisnes. Aplikasi Baru Whatsapp Business Percepatkan Urusan Perniagaan.

Sekianlah artikel Berita Gembira Buat Pemilik Bisnes. Aplikasi Baru Whatsapp Business Percepatkan Urusan Perniagaan. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.