Alahai, sewa 'homestay' nak jadi 'port' hisap dadah ...

Alahai, sewa 'homestay' nak jadi 'port' hisap dadah ... - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Alahai, sewa 'homestay' nak jadi 'port' hisap dadah ..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alahai, sewa 'homestay' nak jadi 'port' hisap dadah ...
link : Alahai, sewa 'homestay' nak jadi 'port' hisap dadah ...

Baca juga


Alahai, sewa 'homestay' nak jadi 'port' hisap dadah ...

KUANTAN: Sekumpulan remaja berusia 18 hingga 21 tahun termasuk dua pelajar perempuan kolej awam sanggup menyewa sebuah homestay di bandar ini semata-mata untuk dijadikan 'port' menghisap dadah.

Namun tindakan remaja berkenaan berjaya dihidu pihak polis apabila kesemua mereka ditahan dalam Op Sarang Narkotik yang diadakan bermula jam 10.30 malam tadi hingga jam 4 petang ini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali, tiga remaja berkenaan ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja manakala dua lagi bagi kesalahan menghisap dadah jenis syabu.

"Kita membuat pemeriksaan ke atas homestay berkenaan selepas mendapat maklumat daripada orang awam dan menahan tiga remaja perempuan dan dua lelaki.
 
"Kita percaya mereka ini menyewa homestay berkenaan semata-mata untuk menghisap dadah selain mengelak daripada dikesan polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.

Dalam operasi yang diketuai oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuantan itu dilaksanakan di sekitar bandar Kuantan, Gugusan FELDA Lepar Hilir, Sungai Lembing dan Tanjung Lumpur.

"Hasil operasi berkenaan, polis menahan seramai 51 orang iaitu 44 lelaki dan tujuh perempuan bagi pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah

"Kesemua tangkapan adalah berusia 18 hingga 45 tahun. Antara kesalahan yang dilakukan adalah memiliki dadah," katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas beberapa jenis dadah iaitu syabu seberat 5.2 gram, pil yaba seberat 0.03 gram dan ganja 1.08 gram.
 
"Kita juga dapati kira-kira 50 peratus daripada kesemua yang ditahan ini sudah pernah ditahan sebelum ini berkaitan kes yang sama," katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman bermula hari ini hingga Sabtu di Lokap Berpusat, Indera Mahkota di sini untuk tujuan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.



Sumber Alahai, sewa 'homestay' nak jadi 'port' hisap dadah ...


Demikianlah Artikel Alahai, sewa 'homestay' nak jadi 'port' hisap dadah ...

Sekianlah artikel Alahai, sewa 'homestay' nak jadi 'port' hisap dadah ... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: