Judul : 5 Jenis Produk Yang Menguntungkan Untuk Di Jual Secara Online 2018
link : 5 Jenis Produk Yang Menguntungkan Untuk Di Jual Secara Online 2018
5 Jenis Produk Yang Menguntungkan Untuk Di Jual Secara Online 2018
Anda kenal Vivy Yusuf? wanita ini penakluk bisnes dunia fesyen. Vivy mengambil kesempatan dengan menjadikan minatnya itu sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Vivy menjadi perintis perniagaan butik atas talian yang pertama di Malaysia dengan menghimpunkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung.
Anda mahu jadi sepertinya? Tetapi anda buntu nak jual apa secara online? Stress sampai guling-guling berfikir apa yang hendak dijual. Kalau ikutkan hati semua yang orang jual laku keras kita pun nak jual sama. Tetapi, cukup ke modul anda ada?
Zaman teknologi ni, zaman orang berbelanja dihujung jari. Tidak mustahil untuk anda mendapatkan pelanggan hanya dengan bekerja daripada rumah tetapi anda mestilah seorang yang bijak dalam merencanakan bisnes yang anda ingin jalankan.
Jangan tiru bisnes orang lain tetapi buat bisnes yang lain daripada orang lain kerana ianya adalah perkara yang fresh dan mungkin akan mendapat perhatian pelanggan. Barangkali, bisnes anda akan meroket dengan lebih jauh jika kena caranya. Jom kita lihat bisnes apa yang boleh buat duit dan jualan sama-sama meroket ke ruang keuntungan.
#1-Katering Makanan Sihat

Lihat sahaja lambakan iklan di media sosial tentang makanan yang berasaskan diet seimbang. Keuntungannya boleh dikatakan lumayan kerana kos penyediannya iaitu membeli barang basah secara borong akan menjimatkan kos bahan mentah anda.
Jika anda duduk di tengah-tengah kotaraya ianya satu kelebihan kerana kesibukan kota adalah melahirkan nilai wang kepada mereka yang rajin mencuri peluang depan mata. Sediakan iklan yang memfokuskan satu masa sahaja contohnya untuk makan tengahari dan lauk mestilah berbeza setiap hari.
#2-Produk Fashion

Industri fashion sudah menjadi makanan rakyat Malaysia. Jual sahaja baju yang lain daripada pasaran semasa pastinya ianya akan menjadi kegilaan pembeli untuk berebut menggayakan baju itu di kalangan teman rapat mereka.
Bukan hanya tertumpu kepada jualan baju tetapi aksesoris, kasut, beg dan apa sahaja tentang fashion pasti akan menjadi bualan. Fenomena hijab juga sangat berpengaruh dalam dunia rakyat Malaysia. Lihat sahaja bagaimana Vivy Yusuf bijak dalam mendominasi dunia fesyen tempatan dan antarabangsa. Pulangan yang diperolehnya? Fikirlah…
Jika anda seorang yang kreatif dan inovatif, lakukan transformasi dalam pengayaan yang sedia ada dalam kelompok sosial. Di mana fesyen baru itu akan membuatkan anda boleh tidur di atas lambakan duit. Hebat kan!!
#3- Produk Kecantikan

Produk penjagaan wajah, make up dan kesihatan dalaman adalah yang menjuarai hati wanita dan gadis-gadis. Lihat sahaja pengasas produk kecantikan. Cantikkan mereka. Kerana itu, produk mereka laku keras kerana pengasas ini menjadi model yang mahu diikuti oleh pengikutnya.
Berduit atau tidak, mahal atau murah, pasti wanita akan berusaha untuk mendapatkan produk idaman mereka. Biar duit habis tetapi jangan cantik pula yang terhabis.
Jadi, usahawan, ayuh gerakkan tenaga kerja anda, dan dapatkan bancian yang spesifik tentang masalah yang dihadapi wanita tentang kecantikan. Hanya fokus pada lingkungan usia sahaja.
#4-Gajet

Anda boleh memasang strategi untuk menjual gajet ini. Lakukan servis anda sendiri. Jadilah dealer kepada gedung-gedung gajet ini. Jangan malas bertanya nanti sesat jalan. Cuba dulu berniaga, baru tahu hasilnya nanti.
#5- Snack Kudap-Kudap

Lagi bagus jika anda diberi kelebihan membuat kudapan sendiri. Masyukk.. Cuma, anda perlu kreatif dalam membuat packing. Sekarang kudap-kudap ni mewarnai dunia makanan kita. Ada kacang letup, meletup-letup dalam perut lepas makan.
Sumber 5 Jenis Produk Yang Menguntungkan Untuk Di Jual Secara Online 2018