Judul : 5 Penawar Kepada Mereka Yang Hadapi Masalah Penyakit Sales Semput
link : 5 Penawar Kepada Mereka Yang Hadapi Masalah Penyakit Sales Semput
5 Penawar Kepada Mereka Yang Hadapi Masalah Penyakit Sales Semput
Sale anda asyik masuk klinik je? Sale semput? Dah macam-macam ubat bagi. Tapi masih macam tu juga. Dah kena inject sana sini. Duit dah banyak lebur. Sale?
Balik-balik asyik dengar ayat, biasalah dalam bisnes ni ada turun naiknya. Tapi kalau turun tak naik-naik dan turun menjunan terus ke lembah kerugian, siapa nak bertanggungjawab?
So, anda kena pasang kelajuan paling maksima untuk merawat balik penyakit sale semput yang anda hadapi ini. Jangan putus asa kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Jika anda nak jualan meroket anda perlu pastikan ubat yang diberi adalah yang paling baik di antara yang terbaik.
#1-Buat Pemasaran Setiap Hari
Jangan sesekali anda berhenti daripada membuat pemasaran kerana pemasaran merupakan nadi kepada bisnes anda. Ianya boleh terhenti saat anda menghentikan pemasaran anda.
Banyak platform pemasaran yang mewarnai dalam media sosial. Paling famous adalah facebook dan instagram kerana pelawat media sosial itu mencatat jumlah yang paling tinggi setiap hari.
Untuk buatkan produk anda dikenali, anda perlu update post produk anda setiap hari supaya pelanggan tahu apa yang anda jual. Adakah produk tersebut yang mereka cari bagi mengatasi masalah yang dihadapi atau sebaliknya.
#2- Buat Promosi Terhad
Bab-bab promosi ni mesti pelanggan suka. Siapa yang tak suka kalau ada promosi menjunam harga kan. Tapi, perlu diingat jangan sampai kita yang terjunam disebabkan terlampau hendak bagi customer gembira dan beli produk kita.
Anda boleh buat promosi bergantung kepada hari-hari yang istemewa seperti hari ibu, hari bapa, hari jadi kedai anda, hari pekerja atau mana-mana yang anda rasakan hari tersebut istemewa. Ingat, jangan hari-hari pula anda buat promosi. Nanti hilang keserian produk anda.
Promosi adalah bergantung kepada kreativiti. Jika ada apa-apa hari penting seperti hari perayaan, hari guru, hari pekerja dan lain-lain.
Promosi boleh pelbagai. Tidak semestinya promosi tolak harga. Tapi, anda boleh buat promosi beli satu percuma satu, beli dengan hadiah percuma seperti bagi voucher, free gift atau lain-lain.
#3-Gunakan Testimoni
Power of testimoni ni sukar nak jangka. Sebab ada sesetengah pembeli lebih suka tengok pada testimoni dan baru buat belian.
Anda boleh gunakan cara berhubung dengan pembeli anda dan dapatkan feedback mereka setelah menggunakan produk anda. Ada sesetengah mereka tidak mahu beri feedback jadi anda umpanlah dengan beri hadiah menarik kepada feedback yang terbaik.
Anda perlu update feedback terkini bagi menjana keyakinan prospek tarik mereka membuat belian dengan anda. Jika testimoni anda terbaik maka sales anda juaga akan berada pada tahap yang baik.
#4- Cari Customer Lama
Yang lama selalunya berharga. Macam tu juga dengan pelanggan anda. Anda perlu menghargai mereka. Sentiasa follow up dengan mereka. Pelanggan ini sudah biasa dengan anda jadi amat mudah untuk anda close sale dengan mereka.
Kerana itu sangat penting untuk anda menyimpan database pelanggan supaya anda dapat membuat promosi produk yang terkini.
#5-Lantik Ejen Jualan
Jika anda sudah yakin dengan bisnes anda, maka yakinkan diri anda untuk berani melantik ajen jualan bagi membantu meroketkan bisnes anda.
Jika hari ini anda ada 10 ejen, jangan teragak-agak untuk tambah ejen anda. Berikan latihan dan bantu mereka dengan memberikan bahan promosi seperti ayat jualan, gambar produk dan sebagainya. Jangan biarkan mereka terkontang kanting kerana sale juga akan tergantung.
Sumber 5 Penawar Kepada Mereka Yang Hadapi Masalah Penyakit Sales Semput