32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang

32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang
link : 32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang

Baca juga


32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang

PYEONGCHANG: Bahagian Ad hoc Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS) telah memulakan satu prosedur arbitrasi susulan rayuan terakhir yang dikemukakan oleh 32 atlet Rusia berhubung penggantungan penyertaan mereka di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang, lapor agensi berita China Xinhua memetik pengumuman CAS pada Selasa.  

"Pemohon mencabar keputusan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) yang enggan menjemput mereka menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018. Mereka meminta CAS membatalkan keputusan IOC dan membenarkan mereka menyertai sukan itu sebagai Atlet Olimpik dari Rusia," menurut kenyataan CAS.  

Atlet paling dikenali dalam kumpulan itu ialah juara enam kali Sukan Olimpik bagi acara luncur laju balapan pendek, Victor Ahn yang dilahirkan di Korea, serta pemenang pingat emas Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014 dalam acara biatlon, Anton Shipulin, dan juara dunia bagi acara luncur salji rentas desa, Sergei Ustyugo.  

Pemohon lain ialah Vladimir Grigorev, Evgeniy Garanichev, Ruslan Murashov, Ekaterina Shikhova, Ksenia Stolbova, Ekaterina Urlova-Percht, Maksim Tcvetkov, Irina Uslugina, Yulia Shokshueva, Daria Virolainen, Dmitri Popov, Roman Koshelev, Mikhail Naumenkov, Alexei Bereglasov, Valeri Nichushkin, Anton Belov, Sergei Plotnikov, Evgeniya Zakharova, Ruslan Zakharov, Anna Iurakova, Alexey Esin, Yulia Skokova, Elizaveta Kazelina, Sergey Gryaztsov, Ivan Bukin, Denis Arapetyan, Artem Kozlov, Gleb Retivikh dan Alexey Volkov.  

Rayuan yang lewat dikemukakan itu telah menimbulkan kemungkinan bahawa An, yang menukar kesetiaan kepada Rusia pada 2011, bakal menamatkan kerjaya Olimpiknya di negara asal.  

CAS telah menarik balik larangan seumur hidup ke atas 28 atlet Rusia, yang mana 15 daripada mereka bakal mengambil bahagian pada temasya Sukan Olimpik PyeongChang, namun ditolak oleh IOC.  

Memandangkan Rusia telah dilarang menyertai Sukan Olimpik PyeongChang, sejumlah 168 atlet Rusia lain yang "bersih" telah dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan itu di bawah bendera neutral sebagai "Atlet Olimpik dari Rusia."

-- BERNAMA



Sumber 32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang


Demikianlah Artikel 32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang

Sekianlah artikel 32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.