Judul : Tipu jualan banglo murah, polis buru ustaz Zubir
link : Tipu jualan banglo murah, polis buru ustaz Zubir
Tipu jualan banglo murah, polis buru ustaz Zubir
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani meminta orang rami membantu polis mengesan seorang lelaki dikenali sebagai ustaz Zubir. ― Foto ihsan Facebook/Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)KUALA LUMPUR, 6 Okt ― Polis Bukit Aman memburu seorang lelaki dikenali sebagai ustaz Zubir bagi membantu siasatan kes penjualan rumah bawah harga pasaran.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial memohon orang ramai segera tampil menyalurkan maklumat individu itu, lapor Berita Harian.
“Lelaki ini boleh membantu kita melengkapkan kertas siasatan kes penipuan penjualan rumah pada harga yang tidak masuk akal,” katanya.
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya sedang mendapatkan perintah melanjutkan perintah reman kepada suspek.
Sehingga kini, jumlah aduan bertambah menjadi 210.
Pada 2 dan 3 Oktober lalu, seorang pelakon dan tiga lagi ditahan ekoran 188 aduan mangsa yang mendakwa ditipu dua syarikat yang menawarkan rumah bawah harga pasaran.
Selepas membuat sejumlah bayaran untuk membeli seunit banglo berharga RM60,000 berkeluasan 1,650 kaki persegi, syarikat itu dikatakan tidak membina rumah seperti dijanjikan.
Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sumber Tipu jualan banglo murah, polis buru ustaz Zubir