Pecah botol arak, Jamal, tujuh lagi direman tiga hari

Pecah botol arak, Jamal, tujuh lagi direman tiga hari - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pecah botol arak, Jamal, tujuh lagi direman tiga hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pecah botol arak, Jamal, tujuh lagi direman tiga hari
link : Pecah botol arak, Jamal, tujuh lagi direman tiga hari

Baca juga


Pecah botol arak, Jamal, tujuh lagi direman tiga hari

Datuk Seri Jamal Md Yunos memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras sebagai simbolik bantahan penganjuran sebarang pesta arak di Selangor. ― Foto ihsan Facebook/Azlee KlangDatuk Seri Jamal Md Yunos memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras sebagai simbolik bantahan penganjuran sebarang pesta arak di Selangor. ― Foto ihsan Facebook/Azlee KlangSHAH ALAM, 6 Okt ― Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos dan tujuh pekerjanya yang ditahan awal pagi tadi direman tiga hari bermula hari ini susulan tindakan memecahkan botol arak di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini, semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret P Sarulatha mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta perhimpunan.

Peguam Khairul Anuar Kashim yang mewakili kesemua suspek ketika ditemui pemberita berkata pekerja-pekerja Jamal yang ditahan terdiri daripada pemandu dan pengawal peribadinya.

Beliau berkata ketika ditahan di sebuah restoran di Sekinchan, Sabak Bernam kesemua anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan awal pagi tadi mengesahkan Jamal dan tujuh yang lain ditahan kira-kira pukul 1.45 pagi.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam, Jamal dan anggota gabungan itu bertindak memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras di hadapan pintu masuk utama bangunan SUK, sebagai simbolik bantahan terhadap sebarang penganjuran pesta arak di negeri ini.

Tindakan itu susulan kenyataan menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan berkata penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang minggu depan boleh dibenarkan asalkan telah menepati syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh polis serta Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pada Isnin lepas, ketua polis negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan penganjuran pesta itu ekoran wujud ancaman militan berkaitan acara berkenaan dan menasihatkan MPK untuk tidak membenarkan penganjuran acara itu.

Yang dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin pula mengakui pihaknya menangguhkan kelulusan permit sementara penganjuran pesta itu berikutan kegagalan penganjur mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya kebenaran daripada pihak polis. ― Bernama



Sumber Pecah botol arak, Jamal, tujuh lagi direman tiga hari


Demikianlah Artikel Pecah botol arak, Jamal, tujuh lagi direman tiga hari

Sekianlah artikel Pecah botol arak, Jamal, tujuh lagi direman tiga hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :