“Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab

“Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab
link : “Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab

Baca juga


“Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Nassier Wahab, beranggapan mungkin wujud salah faham sehingga timbul kekecohan penipuan oleh syarikat perumahan Datuk Boy Iman, DBI Properties.

 

"Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang" - Nassier Wahab

“Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab

 

 

 

Terkejut dengan kejadian itu, Nassier yang juga duta syarikat perumahan berkenaan berkata, berdasarkan perbincangan bersama Boy sebelum ini, lelaki terbabit dilihat jujur ingin membantu masyarakat memiliki rumah mampu milik.

“Saya baru pulang dari Makkah (selepas menunaikan haji), dua hari lalu. Sebelum ini, selepas timbul kekecohan mengenai ‘penipuan’ oleh DBI, saya terus menghubungi dirinya.

“Boy memberitahu, semua itu adalah fitnah dan meminta saya berdoa kepada Allah bagi membuka jalan terbaik buatnya. Cuma, saya gagal menghubunginya semalam dan saya terkejut apabila diberitahu dia ditahan pula.

“Bukannya mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetapi berdasarkan perbincangan kami sebelum ini, dia bersungguh-sungguh mahu membantu masyarakat yang ingin membeli rumah dengan harga mampu milik. Saya lihat Boy jujur mahu membantu orang,” katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Nassier diminta mengulas mengenai penahanan Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Sementara itu, Nassier berharap agar kes terbabit dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya rasa dia (Boy) berada di pihak yang benar. Sepanjang 15 tahun mengenalinya, saya tak pernah melihat dia menggunakan duit dengan cara salah. Saya percaya apa yang dia lakukan itu betul.

“Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian bergelar usahawan berjaya.

“Saya harap masyarakat tidak terus menuduh sehingga kebenaran itu muncul. Jujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku,” tuturnya.

Sumber: Bharian



Sumber “Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab


Demikianlah Artikel “Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab

Sekianlah artikel “Saya lihat Boy Iman jujur mahu bantu orang” – Nassier Wahab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :