Janda edar syabu

Janda edar syabu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Janda edar syabu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Janda edar syabu
link : Janda edar syabu

Baca juga


Janda edar syabu

KOTA KINABALU: Dua janda berusia 26 tahun dan 36 tahun ditahan selepas polis menemui lebih satu kilogram syabu yang disembunyikan di bawah lantai rumah mereka di Kampung Pondo, Pulau Gaya, kelmarin.

Kedua-dua wanita itu dipercayai menjalankan aktiviti mengedar dadah dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai runcit di rumah atas air berkenaan.

Suspek berusia 36 tahun yang dikenali dengan gelaran 'Hajah' itu memiliki taraf penduduk tetap, manakala rakannya tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.

Dalam serbuan jam 12 tengah hari itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, menyerbu rumah mereka susulan maklumat dan risikan.

Hasil pemeriksaan mendapati semua dadah berkenaan disembunyikan di dalam tiang rumah yang diubah suai untuk menyimpan dadah.

Semua dadah yang dirampas adalah seberat 1,006.22 gram dan dianggarkan bernilai kira-kira RM70,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata dadah berkenaan ditemui disimpan dalam 33 paket plastik yang dipercayai untuk dijual di Pulau Gaya dan Kota Kinabalu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti pembekal dadah kepada kedua-dua wanita terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Chandra berkata, polis turut merampas pelbagai barangan kemas dan telefon pintar, dianggarkan bernilai RM24,000 daripada kedua-dua suspek.

Mereka kini direman tujuh hari sehingga 9 Oktober ini untuk membantu siasatan.



Sumber Janda edar syabu


Demikianlah Artikel Janda edar syabu

Sekianlah artikel Janda edar syabu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :