Judul : Rahsia Bagaimana Mereka Yang Biasa Berjaya Menjadi Bilionair Yang Luar Biasa
link : Rahsia Bagaimana Mereka Yang Biasa Berjaya Menjadi Bilionair Yang Luar Biasa
Rahsia Bagaimana Mereka Yang Biasa Berjaya Menjadi Bilionair Yang Luar Biasa
Ramai di antara kita suka untuk menyifatkan yang menjadi kaya adalah sebahagian kejayaan.
Justeru, ramai yang berimpian untuk menjadi kaya seperti jutawan dan bilionair, namun hanya beberapa kerat sahaja yang mampu mencapainya.
Tidak salah berimpian besar dan berusaha ke arahnya. Ketahui rahsia bagaimana mereka ini daripada pernah menjadi biasa sehinggalah bergelar bilionair yang luar biasa.
#1-Konsisten Dalam Berinovasi.
Dengan inovasi bermakna anda punyai masa hadapan yang cerah kerana arus era milenia kini sifatnya berubah-ubah, cepat dan pantas.
Apa yang laku, laris, menjadi kegemaran semalam mungkin akan bertukar menjadi sebaliknya pada hari ini.
Maka, inovasi adalah jawapan yang terbaik untuk sentiasa kekal relevan dalam pasaran bagi seorang usahawan bilionair.
Ini adalah langkah pertama untuk mengecapi cita-cita anda sebagai seorang bilionair.
Jadikan inovasi sebagai kawan baik anda kerana dengan idea yang berinovasi, anda akan dapat menarik sejumlah pelabur dan pembeli dan membuat keuntungan daripadanya.
Melalui inovasi yang memberikan solusi kepada permasalahan atau permintaan pelanggan, mereka akan sanggup memberikan wang mereka kepada anda.
Lihat sahaja startup kecil seperti Google, Paypal, Whatsapp dan Youtube.
Mereka ini adalah contoh terbaik yang memberikan solusi kepada orang lain dan memudahkan kehidupan harian mereka.
Oleh itu, startup mereka berjaya menarik perhatian ramai dan dan idea inovasi ini yang menukarkan ‘startup’ kecil mereka menjadi besar dan berjaya.
#2-Tidak Gentar Dengan Persaingan.
Adat dunia bisnes, pasti ada yang kuat dan ada yang lemah. Pasti ada yang menang dan juga kalah.
Dalam bisnes, kita tidak akan selalu berada di atas. Pasti ada ketikanya kita mengalami kesukaran dan hampir berputus asa.
Fasa 5 tahun pertama dalam bisnes sememangnya kritikal dan anda tidak boleh terlalu berharap yang anda akan berjaya dan sentiasa untung ketika dalam tempoh ini.
Jadi, anda harus kebal dan imun dengan kerugian dan kekalahan. Jangan takut untuk bersaing dan dikalahkan oleh pesaing.
Fokus kepada penambahbaikkan dan membangunkan idea inovasi untuk bisnes anda.
Beri tumpuan kepada produk baharu anda agar ia berkualiti untuk pelanggan anda.
Usahawan terkenal seperti Bill Gates dan Oprah Winfrey juga pernah gagal dan mengalami kerugian dalam bisnes tetapi mereka tidak berputus asa dan bangkit semula.
#3-Bangunkan Idea Yang Bagus.
Hanya ada 1% golongan yang bergelar bilionair daripada keseluruhan populasi penduduk dunia.
Jika kita buat kajian dan pemerhatian, mereka ini berjaya menjadi sebahagian daripada golongan 1% kerana memiliki idea yang bagus dan memberi manfaat kepada orang lain.
Lakukan sesuatu yang ada minati dan anda akan bersemangat untuk mempelajari dan mendalami ilmu mengenainya sehingga menjadi pakar dan boleh mencetuskan idea yang unik untuk bisnes sendiri.
#4-Cipta Kesempurnaan Dan Kecemerlangan Anda.
Tiada contoh yang tepat boleh menggambarkan makna kesempurnaan dan kecemerlangan malah ia mempunyai tafsiran yang subjektif.
Jika anda mahu berjaya menjadi bilionair, tidak kiralah apakah taraf pendidikan anda dan pengalaman anda sebelum ini, sama ada banyak atau kurang, anda harus sempurnakan bisnes anda semaksima yang mungkin untuk mencapai kecemerlangan.
Sentiasa beri fokus dan buat penambahbaikan kepada produk, proses pembelian, kualiti, pemasaran, jualan dan pasukan.
Berikan yang terbaik supaya anda akan dapat yang terbaik juga.
#5-Utamakan Kualiti Bukan Keuntungan Semata-Mata.
Tanyalah mana-mana bilionair sekalipun, pasti mereka akan katakan yang mereka sendiri tidak pernah terfikir untuk sampai ke tahap sekarang.
Hal ini kerana, mereka lakukan bisnes kerana minat dan mahu membuat sesuatu yang membanggakan bukannya untuk mengejar wang semata-mata.
Sentiasa utamakan kualiti dalam memberi maka anda juga bakal menerima perkara yang sama.
Ini juga adalah antara rahsia mereka yang bergelar bilionair yang bukan sahaja mengejar kekayaan untuk memanfaatkan diri sendiri akan tetapi memberi manfaat kepada orang lain dan menjadikan dunia ini sebuah tempat persinggahan yang lebih baik untuk semua.
Pokoknya, inovasi, dedikasi, kerja keras, minat dan semangat, rasa percaya pada diri adalah antara kata kunci kepada kejayaan mereka.
Sumber Rahsia Bagaimana Mereka Yang Biasa Berjaya Menjadi Bilionair Yang Luar Biasa