7 Cara Untuk Bina ‘Networking’ Yang Lebih Efektif.

7 Cara Untuk Bina ‘Networking’ Yang Lebih Efektif. - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 7 Cara Untuk Bina ‘Networking’ Yang Lebih Efektif., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7 Cara Untuk Bina ‘Networking’ Yang Lebih Efektif.
link : 7 Cara Untuk Bina ‘Networking’ Yang Lebih Efektif.

Baca juga


7 Cara Untuk Bina ‘Networking’ Yang Lebih Efektif.

Semua orang bisnes tahu yang ‘networking’ adalah penting untuk mengembangkan perniagaan.

Tiada bisnes yang boleh maju jika hanya melibatkan majikan, pekerja dan kitaran pelanggan yang sama.

Malahan, Mark Zuckerberg sendiri turut mengumumkan antara tabiat baru yang dia hendak lakukan dan jadikan satu kebiasaan adalah untuk berkenalan dengan seseorang yang baharu setiap hari.

Dengan adanya ‘networking’ anda boleh gunakan ia sebagai alat untuk bertapak lama dalam industri sendiri dan membuka banyak peluang-peluang perniagaan.

Mungkin terasa sukar untuk memaksimakan ‘networking’ apatah lagi jika kita rasa kekok apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

Berikut adalah panduan untuk anda buat ‘networking’ dengan baik.

#1-Biasakan Bercakap Dengan Orang Yang Tidak Dikenali.

Related image

Untuk melakukan ‘networking’ dengan baik, anda harus ada skil komunikasi yang bagus.

Jangan hanya buat ‘networking’ dengan orang yang berkaitan dengan industri anda sahaja.

Mungkin anda rasa tujuan anda ‘networking’ adalah hanya untuk berkenalan dengan orang yang berkaitan bidang anda sahaja.

Tetapi sebenarnya, ‘networking’ yang baik adalah apabila anda boleh membuat perjanjian yang lebih untuk orang lain.

Sama ada dengan orang lain yang berlainan bidang dengan anda atau mungkin tiada kepentingan bisnes, anda haruslah mencuba untuk beramah dan bercakap dengan mereka.

Mungkin mengenali mereka bukanlah memberi kepentingan atau kelebihan dalam bisnes anda namun mungkin satu hari nanti mereka memerlukan khidmat anda.

Jikalau tidak, sekurang-kurangnya anda boleh belajar atau mengajarkan sesuatu kepada orang lain.

#2-Kekalkan Perhubungan Yang Baik.

Image result for people networking

Jika anda fikir ‘networking’ adalah peluang untuk menjana kekayaan semata-mata, anda sememangnya silap.

Tidak dinafikan ‘networking’ memberikan anda pelbagai kebaikan dan kelebihan.

Namun, dalam membina hubungan yang baik dengan rakan industri, ‘follower’ dan sebagainya, jangan selalu fikirkan ia adalah mengenai keuntungan.

Sebaliknya, sentiasa ingat yang apa yang anda beri dan lakukan kepada orang lain, anda akan terima kembali dalam kitaran waktu yang tidak anda ketahui sama ada baik atau buruk.

Dalam ‘networking’ dalam syarikat, anda boleh lihat yang banyak syarikat-syarikat besar sentiasa meraikan pelanggan, rakan niaga dan pelabur mereka.

Contohnya, mereka sentiasa menghantar kad ucapan elektronik semasa perayaan, hari jadi dan sebagainya sebagai tanda yang mereka prihatin dan turut meraikannya.

Anda boleh contohi mereka dalam menjaga perhubungan dengan ‘networking’ anda.

#3-Wujudkan Matlamat ‘Networking’ Anda.

Related image

Pastikan anda kenal pasti dan bina matlamat anda apabila membuat ‘networking’.

Anda harus pastikan yang matlamat anda adalah realistik supaya anda tahu bagaimana dan di mana anda mahu melakukan ‘networking’ tersebut.

Dengan ini, anda akan mempunyai kenalan dan hubungan ‘networking’ yang bagus jika matlamat anda benar-benar untuk mengembangkan bisnes anda.

Anda juga akan berasa gembira kerana mendapat kenalan baharu yang boleh berkongsi pandangan dan solusi kerana pengalaman dan kepakaran masing-masing.

#4-Minta Pandangan Mereka Yang Lebih Tahu.

Related image

Sentiasalah meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman dalam ‘networking’ anda untuk perkara yang anda tidak jelas dan tidak tahu.

Apabila anda bertanya kepada mereka dan meminta nasihat mereka, anda akan buatkan mereka rasa yang diri mereka penting dan mereka akan mula mempercayai anda.

Jangan juga lupa untuk berkongsi pandangan anda bersama mereka dan minta pendapat mereka mengenainya.

Dengan cara ini, hubungan ‘networking’ yang terjalin akan menjadi lebih rapat dan mereka pasti akan memberikan anda panduan yang berguna untuk anda dan bisnes anda.

#5-Hubungkan Orang Lain Dalam Kitaran ‘Networking’ Anda.

Image result for people networking

Semasa buat ‘networking’, bukan sahaja anda yang berhubung dengan orang baharu, sebaiknya, hubungkan juga mereka dengan orang lain yang mungkin sama bidang dengan mereka atau mungkin memerlukan perkhidmatan mereka.

Ini bukan sahaja memberikan keuntungan sosial kepada anda malahan mereka ini juga akan berterima kasih dan menghargai anda sebagai perantara.

Selalu perkenalkan orang baharu kepada orang lain termasuklah pasukan anda. Dengan ini, hubungan dan bisnes anda akan bertambah kuat.

#6-Tinggalkan Zon Selesa Anda.

Related image

Untuk memaksimakan kekuatan ‘networking’ anda, anda haruslah keluar daripada zon selesa anda.

Anda harus ada keinginan dan keberanian untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis orang dan pelbagai ragam.

Daripada sinilah kekuatan ‘networking’ anda akan terbina dengan penuh variasi.

#7-Tawarkan Pertolongan.

Related image

Bagi membina ‘networking’ yang ampuh dan berterusan, anda haruslah mempunyai tabiat ingin membantu orang lain.

Jika anda mempunyai sikap suka membantu orang lain, mudah untuk anda berjaya dan dalam apa jua yang anda lakukan termasuklah dalam ‘networking’.

Pada saat-saat kritikal kita dalam bisnes, pasti kita juga akan menerima bantuan yang sama disaat kita perlukannya.

Ini adalah antara kelebihan ‘networking’ yang secara automatiknya akan kita perolehi jika berukhuwah dan menjaga silaturrahim seperti yang digalakkan dalam Islam.



Sumber 7 Cara Untuk Bina ‘Networking’ Yang Lebih Efektif.


Demikianlah Artikel 7 Cara Untuk Bina ‘Networking’ Yang Lebih Efektif.

Sekianlah artikel 7 Cara Untuk Bina ‘Networking’ Yang Lebih Efektif. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :