Penerbit harap Bajet 2018 kembalikan baucar buku

Penerbit harap Bajet 2018 kembalikan baucar buku - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Penerbit harap Bajet 2018 kembalikan baucar buku, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penerbit harap Bajet 2018 kembalikan baucar buku
link : Penerbit harap Bajet 2018 kembalikan baucar buku

Baca juga


Penerbit harap Bajet 2018 kembalikan baucar buku

KUALA LUMPUR: Penerbit buku berharap cadangan pengenalan semula konsep Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dalam Bajet 2018 dapat menjana kembali pendapatan industri buku.

Pengarah Urusan Jemari Seni Sdn Berhad dan Pengarah Eksekutif JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn Bhd, Noor Suraya Adnan Sallehudin mengakui syarikatnya 'hilang' separuh daripada jumlah kutipan untuk pesta buku tanpa baucar buku.

"Pada 2015, kutipan jualan tunai adalah sama dengan 2016 apabila baucar buku diterima selepas pesta buku dan tahun 2017 tanpa baucar buku.

"Pada 2014-2015, baucar buku menyumbang hampir RM200,000 untuk kedua-dua syarikat. Ini waktu zaman industri mula malap.

"Ini kerana pada kebiasaannya, pemegang baucar buku pada saat akhir akan membeli buku di pesta buku dengan menggunakan baucar buku," katanya.

Kelmarin, BH melaporkan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) meminta kerajaan mengkhususkan pembelian buku dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) dan pelepasan cukai gaya hidup.

Pengerusinya, Ishak Hamzah, berkata permintaan pihak industri untuk mengembalikan konsep baucar buku tidak besar dan membabitkan penyelarasan saja.

Baucar bantu penerbit

Noor Suraya berkata, baucar buku sangat membantu penerbit kecil terutama pada era orang semakin kurang menjadikan membaca buku sebagai hobi.

Mengenai peruntukan pembelian buku kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Noor Suraya meminta agihan dibuat lebih adil.

"Dua tiga tahun sebelum ini, agihan buku terpilih koleksi PNM adalah setara bagi setiap syarikat tetapi tahun ini hanya beberapa syarikat besar mengungguli jumlah buku terpilih, manakala banyak syarikat kecil terpinggir.

"Walau tidak semestinya kerajaan 'wajib' memberikannya pada setiap syarikat, apabila melihat balik kepada senarai syarikat terpilih, syarikat besar mendapat jumlah yang sangat banyak.

Perluas kepada buku cerita

"Saya juga mencadangkan buku cerita yang baik dan bernilai murni menjadi bahan dibeli serta bukannya bahan bacaan bersifat teks pelajaran seperti pembelian tahun ini," katanya.

Sementara itu, Penggerak Legasi Oakheart & Kuras Buku, Mohammad Hafiz Abdul Latiff, berkata penggunaan KADS1M tidak dapat dilakukan secara menyeluruh terutama penerbit kecil yang mungkin berkira-kira untuk menyewa terminal tempat jualan (POS).

Harap tiada lagi 'sindiket'

"Pemerhatian saya sepanjang pembabitan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017, apabila ditanya kepada pelajar yang berkunjung ke reruai kami, masih ramai yang belum mendapat KADS1M.

"Malah, ada yang memberitahu mereka sudah pun menghabiskan RM250 dengan membeli keperluan lain selain buku," katanya.

Mohammad Hafiz berkata, berdasarkan keluhan rakan penerbit lain, BB1M sebelum ini menjadi antara penyumbang yang besar kepada industri.

"Cuma jika dikembalikan BB1M, saya sangat berharap agar tidak berlaku lagi soal 'sindiket' dan berharap agar ada kawalan terhadap pelajar yang ada menjual BB1M untuk mendapat wang tunai segera," katanya.



Sumber Penerbit harap Bajet 2018 kembalikan baucar buku


Demikianlah Artikel Penerbit harap Bajet 2018 kembalikan baucar buku

Sekianlah artikel Penerbit harap Bajet 2018 kembalikan baucar buku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :