Judul : Lebih 73,000 warga Puerto Rico lari ke Florida
link : Lebih 73,000 warga Puerto Rico lari ke Florida
Lebih 73,000 warga Puerto Rico lari ke Florida
MIAMI: Lebih daripada 73,000 orang melarikan diri ke Florida akibat menghadapi kecemasan sejak Taufan Maria memusnahkan wilayah Amerika Syarikat (AS) di Caribbean.
Pulau yang didiami kira-kira 3.4 juta penduduk itu terjejas teruk akibat taufan dan masih terputus bekalan elektrik, manakala mereka yang berada di kawasan terpencil terus menanti perkhidmatan dan bantuan.
"Sehingga 3 Oktober 2017, lebih 73,000 individu tiba di Florida dari Puerto Rico menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando dan Pelabuhan Everglades," satu kenyataan dari pejabat Gabenor Rick Scott menyebut.
Dalam kenyataannya, gabenor itu turut melaporkan bahawa sekolah di Florida mendaftarkan lebih daripada 3,500 pelarian dari Puerto Rico dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat, yang turut terjejas dengan taufan itu.
Di samping itu, universiti juga menghapuskan kos pendaftaran. Keadaan di pulau itu masih tidak menentu. Sehingga Rabu, 75 peratus pelanggan masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih yang masih kekurangan di banyak kawasan.
Daripada lima juta warga Puerto Rico yang tinggal di benua AS, sejuta daripadanya tinggal di Florida. - AFP
Sumber Lebih 73,000 warga Puerto Rico lari ke Florida