Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss

Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss
link : Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss

Baca juga


Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss

Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss

Juara AF Megastar, Idayu, tidak pernah gagal dalam memberi persembahan hebat. (Pic: Mazlan Yunos Photography)

Tahniah buat Idayu! Sejak dari minggu pertama lagi, Idayu tidak pernah jatuh persembahannya. Inilah yang dinamakan performer. Sebenarnya tahniah ini layak diberikan kepada semua finalis; Syamel, Marsha, Bob dan Shahir. Persembahan mereka agak setanding. Semoga kesemua mereka akan terus berjaya di luar sana dan bukan hanya terhenti di pentas akhir AF Megastar.

Tidak ada review konsert. Cuma pandangan peribadi hit and miss di konsert akhir.

Hit

Idayu menyampaikan lagu Selamanya.

Tidak umumkan tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima. Amat bagus dari segi tidak menjatuhkan 'air muka' kerana semuanya bagus dan hebat. Cuma, lari lah sikit daripada adat pertandingan. Tidak mengapa, ada ketikanya kita perlukan perubahan.

Seniman Menangis daripada Syamel meruntun jiwa.

Semua yang bertanding mempamerkan yang terbaik. Kelebihan vokal Idayu memberikan advantage berbanding Syamel, Marsha, Bob dan Shahir, menjadikan konsert akhir seperti pertandingan nyanyian yang mempunyai kelas setaraf juara lagu.

Hilang daripada Marsha.

Diadili 60% oleh juri, maka tidak ada keputusan yang mengejutkan, walaupun Syamel, Marsha, Bob dan Shahir memberikan tentangan yang hebat.

Vokal yang sungguh hebat daripada Bob.

Peluang untuk peserta memilih single baharu yang tersendiri, membolehkan mereka menentukan arah tuju produk mereka tanpa terikat dengan program. Salut!

Mama Jangan Pergi daripada Shahir.

Production team yang kemas, dan tidak ada kekalutan ketara seperti Gegar Vaganza tahun lalu. Walaupun pihak penaja itu sangat penting, namun kali ini dijaga agak bagus oleh pihak produksi sehingga tidak banyak karenah sponsor yang memeningkan kepala para penonton.

Miss

Mereka bagus, cuma perlukan kelainan.

Persembahan pembukaan dah dibuat berpuluh-puluh kali. Perlukan yang baru. Rasanya tak ada salah kalau buat satu lagu baru dan dinyanyikan oleh finalis yang terkeluar, ataupun carilah satu persembahan yang baru, instead of recycling the performance.

Undian penonton masih memihak kepada paras rupa.

Bob! Antara yang sangat bagus di dalam AF Megastar tapi tidak pernah menang apa-apa anugerah hatta Star of the Week mahupun Pilihan Raku. Sedih! Rasanya kalau tanpa undian juri, Bob mungkin tidak ke final kerana rakyat Malaysia yang mengundi masih lagi ditakuk lama. Yang berdegar-degar bercakap tu selalunya yang tak mengundi!

Juri juga perlukan perubahan ketika memberikan kritikan.

Selain daripada Datuk Ramli MS, pengkritik lain lebih hanya mahu mengkritik daripada memberikan kata-kata semangat, mahupun penjelasan untuk mereka terus maju di masa hadapan. Kadangkala, juri juga perlukan pembaharuan dalam penyampaian.

Di atas pentas akhir, finalis pulang kosong.

Saya sebenarnya sangat berharap agar finalis lain diberi sekurang-kurangnya sebuah piala tanda usaha keras mereka sehingga ke peringkat akhir. Bukan hanya kepada juara. At least lah, ada tanda terima kasih atas usaha mereka. I think that was the most disappointing part! Miss!

lima mungkin sudah cukup.

Penutup dengan lagu Menuju Puncak cukuplah dengan hanya lima finalis sahaja yang menyanyikan lagu tersebut. Tidak perlu rancak dan biarkan dia menjadi satu detik melankolik buat semua penonton.

Idayu, Juara AF Megastar 2017

Sekali lagi, tahniah untuk Idayu dan semua finalis. Adakah ini penutup untuk Akademi Fantasia? Saya tidak ada jawapannya. Sebagai pengikut setia program realiti ini sejak kali pertama diadakan, walaupun apa orang kata, saya akan tetap menganggap ini adalah program realiti pencarian bakat baru terhebat di Malaysia.



Sumber Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss


Demikianlah Artikel Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss

Sekianlah artikel Konsert Final AF Megastar: Lima Hit Dan Lima Miss kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :