Video aktivis PPIM dakwa polis diarah tahan dikitar semula

Video aktivis PPIM dakwa polis diarah tahan dikitar semula - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Video aktivis PPIM dakwa polis diarah tahan dikitar semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video aktivis PPIM dakwa polis diarah tahan dikitar semula
link : Video aktivis PPIM dakwa polis diarah tahan dikitar semula

Baca juga


Video aktivis PPIM dakwa polis diarah tahan dikitar semula

Polis berkata video itu disebar semula dengan agenda tertentu.

mansor

SHAH ALAM: Klip video memaparkan seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa polis diarah oleh pihak tertentu untuk menangkap beliau, disebar semula untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, kata polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata klip video itu dikitar semula di media sosial, yang mana sebelum ini ia menjadi tular dan dikaitkan dengan tindakan aktivis itu, Yusof Azmi melakukan perbuatan menceroboh.

“Video itu disebar semula dengan agenda tertentu untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Segala tindakan pihak polis adalah bertepatan dengan tuntutan undang-undang dan tidak ada kaitan dengan sebarang bentuk tekanan atau arahan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof bersama seorang lagi aktivis PPIM, Ali Salimin didakwa di Mahkamah Sesyen di Kajang sebelum ini atas kesalahan menceroboh premis sebuah syarikat kenderaan pajak pada 10 Julai tahun lalu bersama pemilik kenderaan berkenaan.

Tindakan itu selepas mereka menerima aduan daripada pemilik kenderaan yang mendakwa ditipu dalam proses pajakan sehingga menerima notis bank berkaitan tunggakan bayaran bulanan kenderaan masing-masing.

Mazlan berkata kedua-dua mereka ditawarkan jaminan RM5,000 setiap seorang dan kes masih lagi dalam proses perbicaraan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang komen kes-kes yang masih dalam perbicaraan.

“Selain mewujudkan ‘sub judice’, kenyataan sedemikian juga boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Video aktivis PPIM dakwa polis diarah tahan dikitar semula


Demikianlah Artikel Video aktivis PPIM dakwa polis diarah tahan dikitar semula

Sekianlah artikel Video aktivis PPIM dakwa polis diarah tahan dikitar semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.