Judul : Akta dipinda, saluran digital Netflix, iflix bakal dikenakan GST
link : Akta dipinda, saluran digital Netflix, iflix bakal dikenakan GST
Akta dipinda, saluran digital Netflix, iflix bakal dikenakan GST
SHAH ALAM, 3 Okt — Perkhidmatan saluran digital seperti Netflix dan iflix mungkin dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak lama lagi.
Ketua pengarah kastam berkata pelaksanaan itu dibuat melalui pindaan terhadap Akta GST yang akan dibentang di Dewan Rakyat.
“Ya, ya…tentu sekali,” kata Datuk Seri Subromaniam Tholasy apabila ditanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata kerajaan perlu berbuat demikian terhadap perniagaan dalam talian atau berdepan kehilangan pendapatan jika undang-undang itu tidak dipinda.
“Dalam zaman baru, banyak perkara berubah. Banyak hal berbeza sekarang. Ini sumber besar kepada pendapatan,” katanya.
Bulan lalu, Subromaniam membuat beberapa pindaan bagi membolehkah GST dikenakan terhadap ekonomi digital bagi menambah pendapatan kerajaan.
Sumber: Malay Mail
Sumber Akta dipinda, saluran digital Netflix, iflix bakal dikenakan GST