“Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma

“Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma
link : “Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma

Baca juga


“Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma

Putrajaya: Insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur memberi tamparan amat hebat kepada Nik Mohd Imran Nik Azalan, 11, kerana kehilangan seorang abang yang juga sahabat baiknya.

 

 

"Kenapa hantar abang, ibu salah.." - Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma

“Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma

 

 

Abangnya, Nik Muhammad Ridzuan, 12, adalah antara 21 pelajar yang terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar pada 14 September lalu.

Ibunya Hartini Abd Ghani, 48, berkata, Nik Mohd Imran dan abangnya Nik Muhammad Ridzuan dihantar ke pusat tahfiz berkenaan lebih setahun lalu.

Katanya, sepanjang di pusat tahfiz itu, keperluan dan penjagaan diri anak bongsunya itu termasuk memakaikan baju dan kasut dan mandi diuruskan abangnya.

“Walaupun dia tidak berada di pusat tahfiz ketika kejadian kebakaran itu, tetapi dia sangat trauma sebab kebakaran menyebabkan dia kehilangan kawan-kawan dan yang paling terkesan abangnya juga sudah tiada.

“Malah, dia lebih banyak berdiam diri dan sering menonton video kejadian kebakaran berkenaan sehingga kini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga dan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur di Kompleks Seri Perdana, di sini, semalam.

Hartini berkata, ketika kejadian anak bongsunya Nik Mohd Imran tidak berada di pusat tahfiz berkenaan kerana tidak mahu kembali ke situ selepas cuti sakit selama dua hari selepas Aidiladha lalu.

Menurutnya, selepas cuti sakitnya tamat, dia enggan kembali ke pusat tahfiz terbabit walaupun didesak berkali-kali, malah pada malam sebelum kejadian dia turut mengikutnya menghantar jubah dan serban untuk abangnya di pusat tahfiz berkenaan, tetapi hanya duduk di dalam kereta.

“Sekarang, bila kita tanya (mengenai abang) dia selalu kata “kenapa hantar abang, ibu salah.” Itu yang kerap diulang.

“Kami sudah menghantarnya untuk menghadiri sesi kaunseling yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi mungkin mengambil sedikit masa untuk pulih,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber “Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma


Demikianlah Artikel “Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma

Sekianlah artikel “Kenapa hantar abang, ibu salah..” – Hilang abang dan rakan-rakan dalam kebakaran Pusat Tahfiz, adik ini masih trauma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: