Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’

Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’
link : Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’

Baca juga


Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’

Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah 'Tingkatan Tujuh'

Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’

Siapa yang tidak kenal dengan bengah atau dikenali dengan hashtag #AbangYangPenyayang dalam kalangan pengguna media sosial yang merupakan abang kepada Afiatul, seorang remaja yang istimewa yang mengalami sindrom down.

Baru-baru ini, Hammad Zamakhashari Mohd Noor, 30, atau Bengah, telah memuat naik gambar  Afiatul Salsabiila Mohd Noor, 19, yang berjubah biru dan berjalur keemasan pada sabtu lalu, ternyata ia adalah hari graduasi Afiatul.

Tahun ini merupakan tahun terakhir Afiatul bersekolah selepas belajar dalam aliran pendidikan khas di sekolah selama tujuh tahun.

“Penerima sijil graduasi bagi program pendidikan khas integrasi… Afiatul Salsabiila binti Mohd Noor,” pengumuman yang dirakamkan itu menyaksikan seorang pelajar istimewa yang mengalami sindrom down menerima sijil pada Majlis Graduasi Ke-7 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai di Kuala Lumpur.

Lensa kamera menjadi tumpuan merakamkan saat manis tersebut, tetapi ia tidak menidakkan emosi dalam diri personaliti media sosial itu.

Beliau antara insan yang paling gembira menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

“Jujurnya, saya sebagai abang dan antara yang paling rapat dengan Afiatul, rasa sebak bila melihat dia berdiri di pentas pada majlis graduasi.

“Sebak rasa gembira sebab dia dah sampai ke tahap ni, untuk tamat persekolahan. Saya bergurau dan bermanja dengan gelarkan dia sebagai ‘kakak tingkatan tujuh’ sebab umur dia sekarang dah 19 tahun,” katanya.

Apabila ditanya pengikut di laman sosial mengenai apakah hala tuju Afiatul selepas tamat persekolahan, penerima Anugerah Personaliti Media Sosial pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) ini tidak tersinggung.

“Ramai yang tanya selepas ini Afiatul akan bekerja ke, akan sambung belajar ke? Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi apa yang lebih penting hidup perlu diteruskan.

“Ada rezeki daripada Allah yang tertulis untuk dia. Cuma kita yang tak tahu. Tapi Bengah dan keluarga akan terus membimbing dia, insyaAllah,” kata Bengah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, manakala Afiatul anak bongsu. 



Bengah berkata, dia tidak menghalang minat adiknya untuk menonjolkan bakat secara spontan semasa mereka bersama-sama membuat persembahan video atau promosi produk di laman sosial.

Beliau juga turut berkongsi semangat kepada keluarga lain yang turut mempunyai insan istimewa seperti adiknya.

“Teruskan bersama mereka, jangan putus harapan untuk berusaha meyakinkan mereka supaya hidup seperti biasa, sebagaimana kita yang lain.

“Saya juga manusia biasa, tidak sempurna dan ada juga kekurangan tetapi saya cuba berusaha menjadi abang yang penyayang untuk Afiatul dan contoh yang terbaik buat sesiapa yang merasa terbeban atau malu dengan insan istimewa,” katanya.

Rindu pulak lama SK tak up video Afiatul..jom tengok gelagat dia jumpa kawan dia.

 

Sumber -Mstar

 
Via: SK


Sumber Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’


Demikianlah Artikel Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’

Sekianlah artikel Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: