Zahid bantu, jiwa Najib selalu tenang, kata Nazri

Zahid bantu, jiwa Najib selalu tenang, kata Nazri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Zahid bantu, jiwa Najib selalu tenang, kata Nazri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid bantu, jiwa Najib selalu tenang, kata Nazri
link : Zahid bantu, jiwa Najib selalu tenang, kata Nazri

Baca juga


Zahid bantu, jiwa Najib selalu tenang, kata Nazri

Nazri berkata gandingan Najib dan Ahmad Zahid sejak dalam Pergerakan Pemuda Umno telah menyaksikan kedua-dua pemimpin itu begitu serasi. — Foto BernamaNazri berkata gandingan Najib dan Ahmad Zahid sejak dalam Pergerakan Pemuda Umno telah menyaksikan kedua-dua pemimpin itu begitu serasi. — Foto BernamaBAGAN DATUK, 25 April — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memegang prinsip kesetiaan atau wala’ kepada pemimpin, menjadikan gandingan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai yang terbaik untuk meneruskan kestabilan dan kemakmuran negara.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Ahmad Zahid yang sentiasa taat setia kepada ‘bos’ dan perdana menteri terbukti merupakan orang yang layak dan boleh membantu perdana menteri mentadbir negara ini dengan baik.

“Saya sudah tengok dan saya kata orang yang layak dan boleh membantu perdana menteri (Najib) mentadbir negara ini dengan baik dan pada masa sama memberikan kesetiaan tidak lain dan tidak bukan ialah Ahmad Zahid Hamidi.

“Ini telah terbukti selama dua tahun lebih, tiada apa-apa yang berlaku atau dengar orang kata berlaku gempa bumi (politik) Semuanya aman damai sahaja.

“Perdana Menteri sentiasa mendapat ketenangan jiwa untuk memikirkan dasar-dasar yang cukup baik yang boleh dilaksanakan untuk rakyat dan negara.

“Kalau orang nombor dua sentiasa cucuk punggung mana dia boleh buat kerja… Macam (bekas perdana menteri Tun) Dr Mahathir Mohamad dululah.

“Apabila perdana menteri kita ke keluar negara (lawatan kerja), negara kita aman damai kerana timbalannya yang berada dalam negara sentiasa menjaga negara ini dengan baik…

“Ada sesetengah perdana menteri ke luar negara sentiasa fikir apa timbalannya buat tetapi Najib relax sahaja, tidak ada masalah,” katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian pada majlis pecah tanah Perpustakaan Digital Bagan Datuk di Dataran Aman Jaya di sini baru-baru ini.

Selain wala’ kepada pemimpin, Mohamed Nazri berkata Ahmad Zahid merupakan seorang pemimpin yang sentiasa taat kepada pengundi-pengundinya.

“Inilah seorang pemimpin yang kalau dia setia kepada bos. Maka rakyat yang mengundi tidak perlu bimbang kerana kalau dengan bos beliau setia, apatah lagi dengan pengundi-pengundi yang memberi sokongan.

“Sudah tentu timbalan perdana menteri juga akan setia dengan tuan-tuan dan puan-puan.

“Oleh itu, demi kepentingan dan kestabilan politik negara kita untuk maju ke hadapan, lebih banyak (pembangunan) boleh dilaksanakan untuk kita semua, saya berharap supaya tuan-tuan dan puan-puan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang ini,” katanya.

Mohamad Nazri berkata gandingan Najib dan Ahmad Zahid sejak dalam Pergerakan Pemuda Umno itu telah menyaksikan kedua-dua pemimpin itu begitu serasi.

Sambil mengimbau perjuangan kedua-dua pemimpin itu termasuk beliau semasa dalam Pergerakan Pemuda Umno, beliau berkata kumpulan mereka mempunyai aspirasi idealisme perjuangan yang begitu kental dan apabila tamat universiti mereka telah menceburi bidang politik.

“Dahulu ketuanya adalah Najib. Beliau melihat kami generasi muda yang boleh menjadi pemimpin. Kami ikut beliau ke mana beliau pergi. Ahmad Zahid pada masa itu setiausaha politik Najib.

“Kami ikut beliau dan sebab itulah jika tuan-tuan lihat banyak berlaku transformasi di tanah air kita ini, hasil daripada perjuangan idealisme kami yang bermula sebagai satu pasukan yang pernah berjanji dan bersumpah setia antara kami yang ada pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu antara lain terdiri daripada beliau sebagai Naib Ketua Pemuda, Ahmad Zahid (Ketua Penerangan), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Bendahari), Datuk Seri Idris Jusoh (Ketua Pemuda Umno Terengganu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, (exco Pemuda termuda dilantik) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Pemuda Umno Padang Terap).

“Jika tuan-tuan dan puan-puan melihat kepimpinan dalam kabinet pada hari ini ia terdiri daripada kumpulan angkatan sewaktu Najib menjadi Ketua Pemuda Umno pada ketika itu.

“Saya hendak tekankan hari ini apabila Najib bercakap tentang wala’, beliau bercakap tentang rakan-rakan yang bersama-sama dengannya sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda Umno dahulu, sewaktu beliau masih muda lagi.

“Kami menempuh pelbagai aral melintang. Maklumlah dalam politik bukan kita tidak tahu, hendak naik bukan senang, hendak dibuang senang. Kami bersama-sama naik sehinggalah hari ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri turut menyatakan taat setianya kepada timbalan perdana menteri bahawa “selagi beliau mahu bantuan daripada saya, patah sayap bertongkat paruh, gunung ku daki, ku daki juga”.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para penduduk di Bagan Datuk kerana ia telah berubah landskap dari sebuah mukim menjadi sebuah daerah yang diperkenankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

“Saya kira memanglah pengundi-pengundi di Bagan Datuk ini dirahmati Allah SWT kerana di sini lahir seorang putera dan permata intan.

“Dulu orang kata, tak payahlah pergi ke Bagan Datuk. Sampai simpang empat, pusing kiri pergi ke Selangor. Bagan Datuk ini diibaratkan sebagai satu tempat sebagai wild west. Saya cukup takut hendak datang ke sini…

“Semestinya (Bagan Datuk) satu tempat yang ketinggalan dan hanya merupakan mukim sahaja kepada daerah yang lebih besar iaitu Daerah Hilir Perak. Hanya sebuah mukim. Siapa yang mahu datang ke sini?

“Tetapi hari ini, Alhamdulillah, Timbalan Perdana Menteri telah menjadi Ahli Parlimen selama 23 tahun. Dalam masa 23 tahun sahaja kita lihat..daripada satu pekan kecil menjadi mukim akhir­nya Bagan Datuk kini menjadi sebuah daerah,” katanya. — Bernama



Sumber Zahid bantu, jiwa Najib selalu tenang, kata Nazri


Demikianlah Artikel Zahid bantu, jiwa Najib selalu tenang, kata Nazri

Sekianlah artikel Zahid bantu, jiwa Najib selalu tenang, kata Nazri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: