Wanita berpenyakit buah pinggang kronik jangan bertangguh untuk terima rawatan

Wanita berpenyakit buah pinggang kronik jangan bertangguh untuk terima rawatan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Wanita berpenyakit buah pinggang kronik jangan bertangguh untuk terima rawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita berpenyakit buah pinggang kronik jangan bertangguh untuk terima rawatan
link : Wanita berpenyakit buah pinggang kronik jangan bertangguh untuk terima rawatan

Baca juga


Wanita berpenyakit buah pinggang kronik jangan bertangguh untuk terima rawatan

WANITA di Malaysia yang mengalami Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) mempunyai kadar kemandirian yang rendah berbanding lelaki kerana kebanyakan mereka tidak mendapatkan rawatan dialisis.

Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Datuk Dr Zaki Morad Mohamad Zaher berkata wanita yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang berada pada kadar 10 peratus lebih rendah daripada lelaki untuk menerima rawatan dialisis.

"Sehingga hari ini, tiada alasan yang membuktikan mengapa penyakit ini meletakkan wanita menghadapi risiko lebih tinggi tetapi kita cenderung untuk percaya bahawa ada faktor-faktor sosial lain seperti wanita masih bertangguh-tangguh untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan alasan untuk menjaga keluarga.

"Kajian baru-baru ini juga menunjukkan wanita lebih berisiko menghidap Penyakit Buah Pinggang Kronik berbanding lelaki dengan kelaziman purata 14 peratus di kalangan wanita dan 12 peratus di kalangan lelaki," kata beliau pada sidang media semasa acara sambutan "Hari Buah Pinggang Sedunia 2018" di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Beliau juga berkata CKD tidak menunjukkan tanda-tanda, oleh itu adalah penting untuk semua orang membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa dan lebih pro aktif dalam mengesan penyakit tersebut.

"Ia memungkinkan sehingga 90 peratus kegagalan fungsi buah pinggang tanpa mengalami sebarang tanda," kata beliau.

"Secara umum, sudah diketahui bahawa wanita menghadapi risiko mortaliti yang lebih rendah berbanding lelaki. Bagaimanapun yang mengejutkan kajian menunjukkan bahawa untuk pesakit dialisis, tiada kelebihan kemandirian untuk wanita," kata Dr Zaki.

"Wanita di kawasan luar bandar lebih cenderung untuk kurang menyedari tentang kesihatan buah pinggang berbanding wanita di kawasan bandar," kata beliau.

Dr Zaki berkata statistik baru-baru ini menunjukkan bahawa 61 peratus daripada pesakit baharu dialisis di negara ini didapati menghidap diabetes sementara 18 peratus lagi mengalami kegagalan fungsi buah pinggang tahap akhir akibat hipertensi.

Pada acara hari ini, beberapa aktiviti berkaitan kesihatan dianjurkan seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, senaman Zumba dan demonstrasi masakan oleh Chef Abang Bryan.

-- BERNAMA



Sumber Wanita berpenyakit buah pinggang kronik jangan bertangguh untuk terima rawatan


Demikianlah Artikel Wanita berpenyakit buah pinggang kronik jangan bertangguh untuk terima rawatan

Sekianlah artikel Wanita berpenyakit buah pinggang kronik jangan bertangguh untuk terima rawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: