Polis kesan 1,131 pengacau pilihan raya, kata Fuzi

Polis kesan 1,131 pengacau pilihan raya, kata Fuzi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Polis kesan 1,131 pengacau pilihan raya, kata Fuzi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis kesan 1,131 pengacau pilihan raya, kata Fuzi
link : Polis kesan 1,131 pengacau pilihan raya, kata Fuzi

Baca juga


Polis kesan 1,131 pengacau pilihan raya, kata Fuzi

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyatakan daripada 171 kawasan panas, 31 daripadanya terletak di Terengganu. — Foto BernamaTan Sri Mohamad Fuzi Harun menyatakan daripada 171 kawasan panas, 31 daripadanya terletak di Terengganu. — Foto BernamaKUALA TERENGGANU, 10 April ― Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 1,131 individu di seluruh negara yang berpotensi menimbulkan kekacauan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata ketua polis negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Katanya, daripada 171 kawasan panas pula, sebanyak 31 kawasan adalah di Terengganu.

“Kesemua mereka berada dalam pemantauan pihak polis. Kita bukan nak menimbulkan ketakutan atau ugut sesiapa tapi kita nak pastikan mereka ini yang berpotensi menimbulkan kekacauan tidak akan menimbulkan masalah semasa perjalanan proses pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis apresiasi bersama menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempena Hari Polis ke 211 yang turut dihadiri, ketua polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata 25 peratus daripada 3,500 anggota polis di seluruh Terengganu akan digembleng untuk memastikan perjalanan PRU14 berjalan lancar di seluruh negeri ini.

“Manakala 25 peratus lagi anggota akan kekal menjalankan kerja-kerja hakiki harian.

“Kita juga telah sediakan masing-masing dua pasukan untuk anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) bagi memastikan pilihan raya ini berjalan dengan selamat dan terkawal,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa Terengganu adalah negeri yang amat aman untuk perjalanan PRU14 setakat ini, malah kadar indeks jenayah juga berjaya dikurangkan lebih 30 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud tiada insiden akan berlaku di Terengganu pada PRU14 nanti, cuma kita ingin tegaskan bahawa semua persediaan rapi telah dibuat termasuk kekuatan anggota dan aset bagi memastikan pengundi dapat keluar dengan selamat,” katanya. ― Bernama



Sumber Polis kesan 1,131 pengacau pilihan raya, kata Fuzi


Demikianlah Artikel Polis kesan 1,131 pengacau pilihan raya, kata Fuzi

Sekianlah artikel Polis kesan 1,131 pengacau pilihan raya, kata Fuzi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.