Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM

Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM
link : Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM

Baca juga


Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sah menggantikan Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan bagi penggal 2018-2021.

Pengerusi Panel Pemilihan MOM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata sehingga pencalonan ditutup pada 5 petang tadi, tiada pencalonan lain diterima untuk mencabar Timbalan Presiden MOM, Mohamad Norza yang mendapat restu Tunku Imran untuk memimpin badan induk itu.

Mohamad Norza yang dicalonkan oleh empat anggota gabungan, dijangka memulakan tugas selaku Presiden MOM yang baharu secara rasmi ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 5 Mei ini.

Penyandangnya, Tunku Imran yang memegang jawatan itu selama 20 tahun, membuat keputusan untuk melepaskan 'kerusi' nombor satu itu dan meluahkan bahawa Mohamad Norza merupakan pengganti paling sesuai bagi jawatan berkenaan.

Tempat Timbalan Presiden pula bakal menyaksikan pertembungan antaraPengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin, selepas masing-masing menerima tiga pencalonan.

"MOM mempunyai 35 anggota kehormat dan 21 anggota gabungan. Hanya anggota kehormat layak untuk mencalonkan, tetapi setiap persatuan hanya boleh menghantar satu pencalonan. Daripada 35 anggota kehormat, empat tidak mencalonkan sesiapa, manakala satu pencalonan tidak lengkap, jadi hilang kelayakan.

"Semua pencalonan akan disahkan dalam masa dua hari," kata Jahaberdeen pada sidang media pengumuman tersebut di Wisma OCM di sini, pada Selasa.

Sementara itu, jawatan Setiausaha Agung bakal melihat persaingan sengit apabila penyandangnya, Datuk Low Beng Choo bakal dicabar Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.

Beng Choo menerima empat pencalonan, manakala Mohd Nazifuddin, yang juga merupakan Naib Presiden, mendapat dua pencalonan.

Lima jawatan Naib Presiden pula bakal menyaksikan pertandingan antara sembilan calon, termasuk tiga penyandang - Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad, Datuk Paduka Mumtaz Jaffar dan Datuk Ong Poh Eng.

"Bagi jawatan Penolong Setiausaha, Datuk Chan Foong Keong dan penyandang Moira Tan Siew See masing-masing menang jawatan bagi kategori lelaki dan wanita tanpa bertanding. Begitu juga untuk jawatan Bendahari apabila Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin menang tanpa bertanding," katanya

Senarai penuh pencalonan

Presiden:

Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden:

1. Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi

2. Datuk Megat Zulkarnain Omardin

Naib Presiden (lima jawatan, sekurang-kurangnya satu jantina berlainan):

1. Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad

2. Datuk Paduka Mumtaz Jaafar

3. Datuk Ong Poh Eng

4. Datuk Nur Azmi Ahmad

5. Mahinda Vallipuram

6. Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim

7. Prof Datuk Dr S. Shamala

8. Datuk Mohamad Taufik Omar

9. Nik Razeen Adam Daud

Setiausaha Agung:

1. Datuk Low Beng Choo

2. Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib

Penolong Setiausaha:

1. Chan Foong Keong - lelaki (menang tanpa bertanding)

2. Moira Tan Siew See - wanita (menang tanpa bertanding)

Bendahari:

Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin (menang tanpa bertanding)

Penolong Bendahari:

1. Datuk Amarjit Singh Gill

2. Datuk Chong Kim Fatt

-- BERNAMA



Sumber Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM


Demikianlah Artikel Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM

Sekianlah artikel Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: