Judul : Nawawi dicabar Mahathir, Langkawi tunggu calon PAS
link : Nawawi dicabar Mahathir, Langkawi tunggu calon PAS
Nawawi dicabar Mahathir, Langkawi tunggu calon PAS
Bendera-bendera Barisan Nasional, PKR dan PAS berkibaran di sepanjang Jalan Kuala Teriang, Langkawi 24 April 2018. — Foto-foto oleh Azneal Ishak
KUAH, 24 April — Pengumuman Datuk Nawawi Ahmad untuk mempertahankan Langkawi mencetuskan lagi kehangatan pilihan raya umum di sini.
Penyandang kerusi Barisan Nasional itu dicabar Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri yang dianggap berjasa membangunkan pulau itu.
Walau bendera pesaing mereka PAS sudah dinaikkan, calon parti itu masih menjadi persoalan hingga saat ini setelah sekutunya enggan menamakannya.
Dalam pengumuman calon di Kedah, PAS menyatakan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bakal meletakkan calon tetapi kemudian tidak bersedia.
Dijangka meletakkan calonnya mencabar Nawawi dan Dr Mahathir tidak lama lagi, PAS sudah meletakkan calon di dua kerusi negeri Kuah dan Ayer Hitam.
Petugas PAS Aizaz Abdul Hassan, 52, mereka bentuk bendera parti itu dengan tulisan PAS di batang buluh di tepi Jalan Kuala Teriang, Langkawi, 24 April 2018. Mazlan Ahmad dan Azlina Azinan masing-masing calon PAS di Kuah dan Ayer Hangat, mencabar penyandang BN Nor Saidi Nanyan dan Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.
Mereka disaingi calon parti Dr Mahathir, Mohd Firdaus Ahmad dan Johari Bulat, masing-masing diletakkan di Kuah dan Ayer Hangat.
Tinjauan ProjekMMO mendapati sepanjang jalan dari lapangan terbang di sini sudah mula dipenuhi dengan bendera BN, PKR dan PAS.
Dr Mahathir, pengerusi Pakatan Harapan, menggunakan logo PKR seperti semua calon gabungan pembangkang di seluruh negara.
Bukan sahaja di tepi-tepi jalan, malah bendera ketiga-tiga parti itu sudah dipacak di jalan- jalan kecil ke kawasan perkampungan.
Bendera Barisan Nasional di lorong kecil Kampung Lubuk Steu, Langkawi, 24 April 2018.Kibaran bendera dengan latar sawah padi dan bukit bukau, khususnya di DUN Ayer Hitam, menarik perhatian ramai penduduk sini.
Pondok-pondok panas parti bertanding turut dibangunkan demi kelancaran kempen pilihan raya, yang selalunya akan aktif pada waktu malam.
Kain rentang dan papan iklan besar turut dinaikkan, tiga hari lagi sebelum penamaan calon pada pagi Sabtu ini.
Pada pilihan raya 2013, Nawawi menang kali pertama dengan majoriti 11,861 undi dengan meninggalkan calon PKR yang mengumpul 9,546 undi.
Sementara Nor Saidi, naib ketua bahagian Umno, menang di Kuah dengan 6,254 undi. Kerusi ini dimenangi Nawawi pada 2008 dan 2004.
Mohd Rawi, timbalan ketua bahagian, menang dengan majoriti 5,311 undi pada 2013, menewaskan calon PAS yang meraih 5,855 undi.
Langkawi mempunyai 42,697 pengundi berdaftar dengan pecahan kira-kira: Melayu 91 peratus, Cina enam peratus dan India dua peratus.
Sumber Nawawi dicabar Mahathir, Langkawi tunggu calon PAS