Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon

Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon
link : Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon

Baca juga


Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon

SHAH ALAM: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat beliau menerusi kenyataan di laman sosial Facebook menerusi catatannya yang berjudul 'Hari terakhir di Jasa'.

"Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Jasa.

"Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di Jasa," katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Mengimbau kembali 'pahit manis' sepanjang memegang jawatan itu, Mohd Puad yang merupakan Ketua Umno Batu Pahat berkata, Jasa merupakan 'tempat panas' sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang terakhir awal tahun ini supaya Jasa dibubarkan.


"Sebelum ini dalam bajet Pakatan Harapan mereka mencadangkan supaya Jasa ditutup sahaja," katanya.

Jelasnya, sekiranya mahu disebut satu persatu, memang banyak yang telah beliau lakukan sehingga Jasa semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.

"Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan mereka yang tidak mengikuti sejarah saya. PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh penyokong (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari," katanya lagi.

Dalam pada itu, mengakui kecewa Mohd Puad berkata, meskipun mempertahankan kerajaan melalui Jasa, ia seperti tidak berbaloi tetapi meletakkan jawatan adalah langkah terbaik.

"Terima kasih kepada seluruh staf Jasa kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi.

"Maafkan saya kerana memimpin Jasa dengan cara yang keras dan tegas," katanya.

BACA: Mencari 'kiblat' asal dalam perjuangan kepemimpinan Jasa 

Sebelum ini, apabila nama Mohd Puad tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam PRU14, timbul spekulasi beliau akan bertanding sebagai calon Bebas.

BACA: Mohd Puad Zarkashi harus terima hakikat - TPM Zahid 

BACA: Mohd Puad kecewa dengan Ahmad Zahid

BN mencalonkan Ketua Wanita Batu Pahat, Haliza Abdullah sebagai menggantikan Mohd Puad yang tewas pada PRU13 kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,524.



Sumber Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon


Demikianlah Artikel Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon

Sekianlah artikel Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: