Judul : Chong Wei berdepan K.Srikanth di suku akhir Kejohanan Asia
link : Chong Wei berdepan K.Srikanth di suku akhir Kejohanan Asia
Chong Wei berdepan K.Srikanth di suku akhir Kejohanan Asia
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi akan berhadapan cabaran getir apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia, K.Srikanth pada saingan suku akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China, esok.Pada aksi pusingan kedua hari ini, Chong Wei yang pernah menjuarai kejohanan itu pada 2006 dan 2016, terpaksa mengambil masa sejam sebelum mengalahkan pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, 16-21, 21-9 dan 21-11.
Chong Wei yang kini berada di ranking ketujuh dunia perlu bekerja keras untuk mara ke saingan seterusnya jika dilihat kepada prestasinya menentang pemain nombor satu dunia itu pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, baru-baru ini.
Pada aksi di Gold Coast, Chong Wei tewas kepada Srikanth dalam acara berpasukan campuran sebelum berjaya membalas dendam ke atas pemain berusia 25 tahun itu untuk meraih pingat emas kategori perseorangan lelaki.Dalam pada itu, turut melangkah ke suku akhir ialah beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong selepas mencatat kemenangan ke atas beregu Indonesia, Berry Angriawan-Hardianto 21-16 dan 21-18 untuk bertemu beregu pilihan ketiga dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.
Bagaimanapun, dua pasangan beregu negara mengalami nasib berbeza apabila beregu wanita, Soong Fie Cho-Tee Jing Yi dan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepad lawan masing-masing pada pusingan kedua.
Fie Cho-Jing Yi tumpas kepada beregu China, Du Yue-Li Yinhui 18-21 dan 10-21 manakala Soon Huat-Shevon terpaksa akur dengan kekalahan 16-21 dan 24-26 kepada beregu Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Debby Susanto.
-- BERNAMA
Sumber Chong Wei berdepan K.Srikanth di suku akhir Kejohanan Asia