Judul : 7 Pesanan Neelofa Jika Mahu Bisnes Anda Cecah Juta-Juta!
link : 7 Pesanan Neelofa Jika Mahu Bisnes Anda Cecah Juta-Juta!
7 Pesanan Neelofa Jika Mahu Bisnes Anda Cecah Juta-Juta!
Gadis yang tersenarai antara Forbes 30 Under 30 Asia 2017 ini adalah pemilik NH Prima International Sdn Bhd, iaitu syarikat pengeluar tudung utama Neelofa Hijab.
Pelantikan beliau sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif membuktikan kredibiliti pemilik nama Neelofa ini sangat ranum dengan pelbagai kejayaan yang ditempuhnya hasil kerja keras selama ini.
Hasilnya, beliau pernah memperoleh keuntungan yang mencecah 50 juta dan pernah mencipta rekod tersendiri dengan penjualan tudung Dalam Masa 3 Minit, Jualan Tudung Neelofa Raih RM1.3 Juta. Hebat ke hebat?
#1- Jangan Malu Bermula Dari Bawah

Asal sahaja ada peluang berniaga beliau pasti akan mengambil kesempatan itu terutama di bazar-bazar ketika musim perayaan menjelang. Tiada perasaan malu yang dibawa tetapi kesungguhan untuk melariskan barang jualannya yang diutamakan.
#2- Fokus, Fokus dan Fokus

Bukan mudah untuk fokus tetapi tidak payah untuk laksanakannya agar ianya seimbang dengan impian masa depan anda. Jangan ragu-ragu membuat keputusan kerana andalah penentu utama pelayaran bisnes anda sama ada ke timur, utara atau selatan.
Kebijaksaaan Neelofa ini beliau hanya target pada dua bentuk produk sahaja iaitu hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. Cukup untuk anda fokus satu atau dua produk sahaja. Jangan tamak dan nak cepat kaya!
#3- Jangan Lepaskan Kerja Yang Sedia Ada

Masih bekerja sebagai pelakon dan pengacaraan, beliau menasihati usahawan di luar sana supaya tidak ‘terpedaya’ dengan wang banyak hasil daripada meniaga kerana dunia bisnes ini ada pasang surutnya.
Demi melengkapkan benteng keewangan yang kukuh agar anda tidak jatuh terduduk seandainya peniagaan anda dilanda ribut, anda perlu mempertahankan kerjaya yang sedia ada sekarang.
Tidak mengapa jika anda berasa terlalu penat kerana hasilnya anda juga yang akan dapat. Usah terlalu mengira keuntungan, tetapi bersiap sedialah menghadapi kerugian.
#4 – Mengenalpasti Identiti & ‘Target Market’

Pintar mengenalpasti brand yang hendak diwujudkan. Beliau menggunakan platform lakonan sebagai tempat untuk bermarketing.
Lihat sahaja percaturannya dalam drama Suri Hati Mr Pilot. Selepas tahu sinopsis drama tersebut, beliau balik ke pejabat dan memanggil designer untuk mereka 3 jenis tudung yang mewakili
- a) Warda semasa bujang
b) Warda selepas berkahwin
c) Warda selepas dapat anak
Hasilnya kerana beliau tahu target marketnya beliau berjaya melonjak jualan tudung warda mendapat sambutan orang ramai sepanjang cerita Suri Hati Mr Pilot. Bukan sikit-skit keuntungan yang dikautnya.
#5 – Kaut Peluang Marketing Di FB dan IG

Feed info yang valuable kepada pelanggan. Membuat pemasaran dengan cara yang berbeza (terlalu ramai orang buat tutorial, video dan sebagainya. Beliau buat marketing untuk koleksi hari raya secara drama ringkas bersiri dan gunakan media sosial untuk muat naik video begitu dan disebarkan secara meluas oleh penguna media sosial. Kreatif dan Inovatif.
Mulakan dengan low cost marketing. Teknik pemasaran yang betul sangat penting. Pergilah belajar dengan yang pakar dalam bidang marketing. Jangan hanya menunggu ilmu masuk sebab tanpa belajar ilmu tak akan datang begitu sahaja
#6 – Gambar Yang Berbeza

Detailkan setiap collection dengan gambar yang berbeza-beza. Jangan sesekali cipta kekeriluan kepada pelanggan anda. Kerana itu detail yang jelas dan padat diperlukan pada setiap gambar.
#7 – Tonjolkan Diri Anda Sebagai ‘Brands Identiti’

Jangan hanya sekadar menjual tetapi tidak mahu menjadikan diri anda sebagai identiti kepada brands anda sendiri. So, apa lagi jom check balik pesanan Neelofa ini adakah ada yang ada telah ikut atau ada yang tertinggal?
Sumber 7 Pesanan Neelofa Jika Mahu Bisnes Anda Cecah Juta-Juta!