Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah

Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah
link : Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah

Baca juga


Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menyasarkan simpanan sebanyak RM100 juta bagi akaun simpanan baharunya, Akaun Simpanan-i Untuk Ibadah Umrah, sehingga penghujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata setakat ini, seramai 10,500 pemegang akaun telah mendaftar akaun itu dengan jumlah simpanan sebanyak RM8 juta.

"Pengenalan akaun baharu ini juga merupakan alternatif kepada bakal jemaah umrah untuk membuat simpanan serta mengikuti pakej umrah yang selamat, sekali gus menangani masalah penipuan pakej umrah.

"Usaha Bank Rakyat menawarkan kemudahan bagi menunaikan ibadah umrah membuktikan komitmen Bank Rakyat sebagai bank koperasi Islam dalam membantu masyarakat merancang kewangan secara bijak dan selamat," katanya selepas melancarkan Akaun Simpanan-i Untuk Ibadah Umrah di sini, hari ini.

Umat Islam berumur 13 tahun ke atas boleh menyimpan dalam Akaun Simpanan-i Untuk Ibadah dengan deposit serendah RM10.

Hamzah berkata inisiatif yang dilancarkan itu juga merupakan platform tabungan yang dapat menguruskan perjalanan umrah dengan lebih teratur.

Beliau berkata statistik Tribunal Tuntutan Pengguna menunjukkan terdapat 3,482 kes penipuan pakej umrah sejak 2012 hingga Oktober tahun lepas dengan kerugian lebih RM21 juta.

"Statistik yang direkodkan ini amat membimbangkan kerana didapati kebanyakan kes penipuan pakej umrah ini berlaku kepada golongan berpendapatan sederhana yang diumpan dengan tawaran pakej umrah pada harga murah.

"Justeru itu, saya berharap menerusi akaun simpanan yang diperkenalkan ini dapat membantu menyelesaikan masalah penipuan pakej umrah yang masih berleluasa," kata Hamzah.

-- BERNAMA



Sumber Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah


Demikianlah Artikel Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah

Sekianlah artikel Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.