Pekerja maut dihempap kren, projek binaan diarah henti

Pekerja maut dihempap kren, projek binaan diarah henti - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pekerja maut dihempap kren, projek binaan diarah henti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekerja maut dihempap kren, projek binaan diarah henti
link : Pekerja maut dihempap kren, projek binaan diarah henti

Baca juga


Pekerja maut dihempap kren, projek binaan diarah henti

Seorang pekerja maut, tiga cedera akibat kren tumbang di sebuah tapak binaan di Seksyen 7 Shah Alam, 2 Jan 2018. — Foto ihsan Facebook/Info Roadblock JPJ/PolisSeorang pekerja maut, tiga cedera akibat kren tumbang di sebuah tapak binaan di Seksyen 7 Shah Alam, 2 Jan 2018. — Foto ihsan Facebook/Info Roadblock JPJ/PolisSHAH ALAM, 2 Jan — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah mengarahkan kerja-kerja di sebuah tapak binaan di Seksyen 7 di sini dihentikan serta merta bagi membolehkan siasatan berhubung kemalangan yang mengorbankan seorang pekerja asing warga Indonesia awal hari ini.

Siasatan itu bagi mengenalpasti punca kejadian kren tumbang di tapak berkenaan hingga menyebabkan pekerja itu maut dan tiga yang lain cedera. Mangsa dikenali sebagai Matrias, 38.

Matrias disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam manakala seorang lagi rakan senegaranya dan dua pekerja warga Bangladesh yang patah kaki kini menerima rawatan di hospital sama. 

JKKP Selangor dalam kenyataannya berkata siasatan awal pihaknya mendapati terdapat kegagalan dalam struktur jentera tersebut.  

“Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994), kontraktor utama sebagai majikan bertanggungjawab memastikan keselamatan penggunaan kren menara di tapak pembinaan. 

“Akta Kilang dan Jentera (1967) pula mengkehendaki kren menara dipasang, diselenggara dan dirombak oleh syarikat kompeten yang berdaftar dengan JKKP,” kata kenyataan itu.

Kenyataan  itu menerangkan syarikat kompeten itu hendaklah dilantik oleh kontraktor utama untuk menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala, mengikut spesifikasi syarikat pembuat kren menara bagi memastikan kren berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

“Mana-mana orang yang melanggar perintah khas ini adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 8(g) Akta Kilang dan Jentera 1967 dan jika disabitkan kesalahan pihak yang bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi RM 200,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya,” katanya. — Bernama



Sumber Pekerja maut dihempap kren, projek binaan diarah henti


Demikianlah Artikel Pekerja maut dihempap kren, projek binaan diarah henti

Sekianlah artikel Pekerja maut dihempap kren, projek binaan diarah henti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: