Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan

Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan
link : Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan

Baca juga


Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan

KUALA LUMPUR: "Retak kasih ini.. berlimpahan rona luka.. Telahpun kita simpan.. tak sedikit sejarah percintaan.. Puncak kasih kita.. Rendangnya oh seketika.. Bagai cerita satu mimpi episod cinta.."

Mungkin ada sesuatu pada bait lirik 'Puncak Kasih' itu hinggakan penyanyi Ziana Zain, tidak mampu menahan air mata ketika mendendangkan lagu tersebut di hadapan penonton dalam sebuah acara di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi.

Suasana majlis tersebut menjadi sebak apabila Ziana dilihat tidak dapat meneruskan nyanyian khususnya apabila tiba di bahagian korus lagu berkenaan.

Dalam sebuah video yang dikongsi netizen, ibu kepada empat cahaya mata itu kelihatan terkedu sebentar dan terdiam dengan muzik dibiarkan terus berkumandang.

Bagaimanapun, Ziana yang seperti sedang menahan emosi gagal meneruskan nyanyian, lalu bait-bait lirik lagunya, tanpa diminta, dinyanyikan oleh penonton yang seolah-olah memahami apa yang dilalui penyanyi itu.

Hadirin yang berada di dalam dewan tersebut juga sesekali bersorak dan bertepuk tangan untuk memberi semangat kepada Ziana.

Difahamkan, sewaktu di pentas berkenaan, Ziana sempat meluahkan sedikit isi hatinya kepada penonton:  "I'm strong (saya kuat). Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena 'move on', teruskan kerjaya."

Kata-kata itu telah mendapat sorakan daripada peminat dan penonton yang memberi sokongan kepadanya.

Terdahulu, para pemerhati dunia hiburan tempatan sudah maklum tentang kes suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, yang berdepan dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap anak mereka.

BACA: 'Jangan buat andaian sekiranya tidak alami apa saya lalui'

BACA: Rotan anak hingga luka dan lebam, suami Ziana Zain didakwa

BACA: 'Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak' - Ziana Zain

Pada 6 Mac lalu, Armin yang mendirikan rumah tangga dengan Ziana hampir 20 tahun lalu, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

Armin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah dua hari kemudian atas tuduhan pindaan mencederakan anaknya pada 24 Februari lalu.

Bekas ketua pramugara itu ditahan pada 30 Februari selepas Ziana sendiri membuat laporan polis pada tiga hari sebelumnya.



Sumber Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan


Demikianlah Artikel Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan

Sekianlah artikel Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.