Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun

Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun
link : Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun

Baca juga


Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang telah bersiap sedia dengan anggota penguatkuasanya untuk memastikan peniaga-peniaga di negeri ini mematuhi sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Jun depan.

Timbalan Pengarahnya Alwi Abdul Hamid berkata, pihaknya setakat ini telah melakukan pemeriksaan terhadap 349 premis di daerah di negeri ini dengan melibatkan 10,170 jenis barangan yang dikenakan GST.

"Pada 1 Jun akan datang kami akan pergi untuk membuat semakan sekali lagi untuk memantau dan mengingatkan peniaga supaya tidak mengenakan GST dan operasi ini juga akan melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Operasi Harga Khas Ramadan di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini dengan melibatkan seramai 40 orang pegawai agensi penguatkuasa berkenaan.

Katanya peniaga yang ingkar dengan arahan itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga, Akta Anti Pencatutan, Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Perihal Dagangan.

Sementara itu, katanya hasil operasi yang dilakukan hari ini mendapati tiada sebarang kenaikan harga barangan basah seperti ayam, sayur, daging dan ikan yang direkodkan di Pasar Besar Kuantan.

"Daging tempatan dijual pada harga RM30 sekilo, ayam RM8.50 seekor, di mana sebelum ini terdapat peniaga yang menjual dengan harga RM9 seekor, jadi saya nampak ada penurunan harga.

"Ikan kembung masih lagi dengan harga RM16 sekilo dan sayur-sayuran juga didapati tiada kenaikan harga, namun dalam masa yang sama kita berharap peniaga mematuhi harga barangan yang ditetapkan, jangan menaikkan harga dengan sesuka hati," katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan harga makanan yang dijual di bazar-bazar Ramadan di negeri ini yang disifatkan berpatutan selain peniaga mematuhi arahan meletakkan tanda harga.

"Cuma ada segelintir peniaga sahaja yang masih degil dalam soal itu (meletakkan tanda harga), jadi kita berharap mereka dapat mematuhinya untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.

-- BERNAMA



Sumber Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun


Demikianlah Artikel Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun

Sekianlah artikel Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: