Waris amah Indonesia terima gaji, pampasan RM64,000

Waris amah Indonesia terima gaji, pampasan RM64,000 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Waris amah Indonesia terima gaji, pampasan RM64,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Waris amah Indonesia terima gaji, pampasan RM64,000
link : Waris amah Indonesia terima gaji, pampasan RM64,000

Baca juga


Waris amah Indonesia terima gaji, pampasan RM64,000

Indonesian domestic worker Adelina was allegedly abused and forced to sleep at her employer's car porch with a dog for a month. — Picture courtesy of Steven Sim's officeIndonesian domestic worker Adelina was allegedly abused and forced to sleep at her employer's car porch with a dog for a month. — Picture courtesy of Steven Sim's officeJAKARTA, 21 Feb — Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina Lisao, pembantu rumah warga Indonesia yang mati didakwa akibat didera.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata bayaran itu meliputi tunggakan gaji dari Januari 2015 hingga Februari 2018, berjumlah RM35,900 dan selebihnya pampasan untuk keluarganya termasuk kos penghantaran jenazah dan pengebumian.

“Bayaran itu telah dibuat pada 13 Februari lepas kepada Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang,” kata Zahrain kepada pemberita di sini hari ini.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan keluarga wanita itu mahukan pampasan serta tunggakan gaji selama tiga tahun yang tidak dibayar majikannya.

“Kes kematian Adelina adalah satu kejadian yang amat menyayat hati, saya berasa kesal kerana ia berlaku di Malaysia,” kata Zahrain.

Pada 10 Februari lepas, Adelina, 28, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dengan kesan lebam di kepala, tangan dan kaki akibat didera di sebuah rumah di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Adelina meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Bukit Mertajam.

Jenazahnya  telah dihantar dan selamat dikebumikan di provinsi Nusa Tenggara Timur pada 19 Februari.

Bercakap  kepada media yang dihadiri ramai wartawan Indonesia hari ini, Zahrain berkata  Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mereka yang didapati bersalah dalam kes berkenaan.

Sementara itu, di Bukit Mertajam, seorang  wanita warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh Adelina.

M.A. Ambika, 60, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Adelina di rumahnya di Medan Kota Permai 2, Taman Kota Permai 2,  di Bukit Mertajam pada 4 petang, 10 Februari lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada warga emas berkenaan, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 April depan untuk  sebutan kes bagi serahan laporan kimia, bedah siasat dan forensik.

Di mahkamah sama, anak perempuan warga emas itu didakwa atas pertuduhan mengambil bekerja pembantu rumah berkenaan yang diketahuinya tidak mempunyai pas yang sah.

R.Jayavartiny, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Jurujual itu didakwa mengikut  Seksyen 55 (B) (1) Akta Imigresen yang membawa hukuman  denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya. — Bernama



Sumber Waris amah Indonesia terima gaji, pampasan RM64,000


Demikianlah Artikel Waris amah Indonesia terima gaji, pampasan RM64,000

Sekianlah artikel Waris amah Indonesia terima gaji, pampasan RM64,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: