Judul : 'Udahlah wei, di sebalik kejayaan dia tersirat penderitaan orang bawahan' - Bekas pekerja
link : 'Udahlah wei, di sebalik kejayaan dia tersirat penderitaan orang bawahan' - Bekas pekerja
'Udahlah wei, di sebalik kejayaan dia tersirat penderitaan orang bawahan' - Bekas pekerja
Baru-baru ini, kembali viral di media sosial tentang kejayaan pengasas sebuah pasar mini yang diusahakan oleh seorang rakyat Malaysia. Kisah kejayaan pengasas berkenaan pernah viral di media sosial beberapa tahun yang lalu. Mungkin kerana netizen tertarik dengan semangat dan usaha pengasasnya yang berjaya dalam perniagaan memberi inspirasi kepada netizen, maka ia kembali diviralkan semula.
Bagaimanapun di Twitter, tampil seorang bekas pekerja pasar mini berkenaan berkongsikan pengalamannya. Menurut Fatin Farhana yang pernah berkerja di salah sebuah cawangan pasar mini berkenaan hampir 10 tahun sejak dari zaman bujang sehingga telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dua orang anak, di sebalik kejayaannya pasar mini tersebut, tersirat penderitaan orang bawahan.
"Sudahlah wei. Di sebalik kejayaan dia, tersirat penderitaan orang bawahan dia. Setiap tahun ada berita pekerja bawahan dia mati. Ada ke pergi melawat? Pekerja bawahan dia kerja separuh mati," tulisnya di Twitter.
"Siapa yang ada pengalaman kerja (di pasar raya) itu tahulah macam mana seksanya setiap hari. Gaji kena potong, jam kerja lebih 12 jam, mana yang terpaksa full shift setiap hari, product lost, kena rompak dan banyak lagi.
"Belum lagi dapat kedai yang kekurangan tenaga pekerja. Bayangkan juruwang dua orang, storekeeper seorang, then hanya ada manager, tiada pembantu. Manager itulah jadi juruwang, jadi storekeeper. Kalau lelaki boleh tahan lagi, kalau perempuan? Nak tahan rollcage besar gedabak lagi, belum kena hempap.
"Pernah sekali kena tolak gaji sebab losses rokok. Rokok kalau ikut SOP, 100% manager/assisstant yang kena tanggung. Almost RM800 kena tolak gaji. Tetapi dalam kes saya, rokok tamat tempoh saya kembalikan teteapi hilang di warehouse. Sudahnya gaji saya yang ditolak walaupun kecuaian disebabkan oleh warehouse dan walaupun saya ada bukti yang saya dah kembalikan.
"Setiap kali nak kembalikan rokok tamat tempoh, kena ada bukti on paper. Saya bagi bukti pun tak diterima. Dehel?
"Malas nak panjang cerita. Sign sajalah surat product lost. Ingatkan dah selesai, rupanya ada lagi product lost pasal rokok. Hilang tiga karton Dunhill Merah. Siapa ambil? Rokok 100% saya yang jaga pada masa itu.
"Tiga karton bersamaan 30 kotak Dunhill. Darabkan dengan RM17 dah RM510. Macam mana boleh hilang? Macam biasa, sign lagi surat product lost. Basic saya hanya RM2,460 pada masa itu. Gaji bersih dalam RM2,1++ sebab tolak EPF. Kemudian tolak product lost, last-last gaji sama dengan staff bawah saya. Acik dia!
"Baru rokok, belum lagi barang lain yang hilang berkarton-karton. Member pernah kena product lost almost RM30,000. Barang selalu diorang caj pada manager atau assisstant dalam 15%. Kalau dah RM30,000 kalikan dengan 15%, awak rasa? Ha, tekanlah kalkulator sendiri.
"Walaupun dah buat laporan polis pun tetap kena bayar. Walaupun jumlah kerugian beribu sekalipun staff kena bayar juga. Tak ada insuran langsung untuk tanggung semua itu.
"Setiap bulan tolak product lost benda yang tak masuk akal. Sebab apa? Ada konspirasi dalaman. Bukan salah pekerja tetapi salah pihak atasan. Tetapi mereka senyap membisu. Kami ditolak gaji beribu-ribu setiap tahun. Baru bekerja tak sampai enam bulan, kena bayar product lost hampir RM10,000," tulisnya.
Ada netizen mempersoalkan mengapa pihak pasar mini berkenaan tidak memasang tiang penggera bagi mengesan pelanggan membawa keluar barangan yang belum dibayar seperti mana yang digunakan di kebanyakan pasar raya.
"Bagi mereka, sensor alarm itu membazir. Dari mereka pasang, lebih baik duit itu mereka gunakan untuk membuka cawangan baru. Setiap bulan mesyuarat, pernah ada yang beri cadangan, tetapi ditolak mentah-mentah.
"Sepupu saya pun sama juga, trauma kedai kena rompak, parang di perut. Akhirnya terpaksa resign bagi notis dua minggu, sayang nyawa," katanya yang juga mengambil tindakan yang hampir sama.
"Saya bagi notis dua minggu even dah kerja lama. Lantak tolak gaji tapi am hold surat saya. Last-last tak tahan, satu hari itu kena maki. Dia kick saya selepas itu. Saya cabut terus," tulisnya.
Ada bekas pekerja lain yang juga mendedahkan mereka pernah bekerja sepenuh masa selama sebulan dan akhirnya tidak tahan lalu mengambil keputusan berhenti. Fatin juga turut mengakui mengalami masalah yang sama.
"Samalah, sebulan full tanpa cuti. Mengadu pada am, mereka diam saja. Even anak sakit, saya terpaksa kerja. Beritahu nak hantar anak ke hospital, bluetick saja dia bagi. Geram sangat," tulisnya.
Sementara itu, tampil seorang lagi netizen yang mempunyai kenalan yang pernah bekerja di pasar raya berkenaan mendedahkan perkara berikut:
"Betul, kenalan saya, dia supervisor dia dua store company dia. Jadi semasa dia tengah terkejar-kejar nak buka kedai, dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Cerita tamat begitu saja," dedah Miley.
Menurut Fatin lagi, dia pernah membuat aduan mengenai perkara tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.
Sumber 'Udahlah wei, di sebalik kejayaan dia tersirat penderitaan orang bawahan' - Bekas pekerja
Demikianlah Artikel 'Udahlah wei, di sebalik kejayaan dia tersirat penderitaan orang bawahan' - Bekas pekerja
Sekianlah artikel 'Udahlah wei, di sebalik kejayaan dia tersirat penderitaan orang bawahan' - Bekas pekerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.