‘Tiada dialog kerana Malaysia tak iktiraf tuntutan ke atas Sabah’

‘Tiada dialog kerana Malaysia tak iktiraf tuntutan ke atas Sabah’ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang ‘Tiada dialog kerana Malaysia tak iktiraf tuntutan ke atas Sabah’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Tiada dialog kerana Malaysia tak iktiraf tuntutan ke atas Sabah’
link : ‘Tiada dialog kerana Malaysia tak iktiraf tuntutan ke atas Sabah’

Baca juga


‘Tiada dialog kerana Malaysia tak iktiraf tuntutan ke atas Sabah’

anifah-sabah

KOTA KINABALU: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan keengganan Malaysia berbincang dengan pihak membuat tuntutan ke atas Sabah, termasuk di pentas antarabangsa kerana perbuatan itu boleh memberi makna Malaysia mengiktiraf tuntutan mereka.

Sehubungan itu tegasnya, Malaysia tidak akan mengiktiraf mahupun melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah oleh mana-mana pihak.

“(Ada pihak persoal) kenapa saya tidak lakukan sesuatu, kenapa saya tidak adakan perbincangan atau dialog atau apa sahaja atau bawa (isu tuntutan) ke peringkat antarabangsa? Sebenarnya kalau kita mahu berunding dengan mereka, kalau kita mahu berbincang dengan mereka, bermakna kita iktiraf tuntutan dia.

“Justeru, saya beritahu Sabah (negeri) merdeka dalam Malaysia. Ia diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak 1963. Jadi, memang tidak ada isu untuk dijawab atau dibincangkan. Pendirian kerajaan Malaysia konsisten, kita tidak mengiktiraf sebarang tuntutan terhadap Sabah,” katanya.

Anifah yang juga ahli Parlimen Kimanis, berkata demikian pada program Perjumpaan Menteri Luar Negeri dengan Media hari ini, mengulas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang di Sabah, termasuk wakil rakuat yang mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia tidak melakukan sesuatu bagi menyelesaikan isu tuntutan berkenaan.

Mengulas lanjut, Anifah menegaskan dalam beberapa perjumpaannya dengan bekas setiausaha luar Filipina, beliau menolak sama sekali untuk berbincang tuntutan berkenaan dengan pemimpin Filipina itu.

“Saya beritahu beliau, kami tidak iktiraf sebarang tuntutan terhadap Sabah. Muktamad,” katanya.

Pada masa sama, Anifah mempersoalkan kenapa isu itu dibangkitkan kembali.

“Saya nak tanya pada kalian, adakah ia satu kebetulan perkara ini ditimbulkan kembali ketika musim pilihan raya?

“Apakah ada pihak yang cuba menghantar mesej kepada kita atau pemimpin tertentu atau sesetengah pemimpin? Atau apakah ini isyarat yang sokongan mungkin ke satu arah? Ini yang agak membimbangkan saya.”

Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang turut dijadikan isu oleh pembangkang, Anifah berkata, sepatutnya pemimpin dari Sabah yang memperjuangkan hak negeri itu dan sebagai ahli Umno, beliau berpeluang memperjuangkannya dari dalam parti.

“Saya merasa sangat senang hati dan saya sangat mengenali Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Saya rasa senang hati kerana beliau (Najib) berkata ‘mana-mana hak Sabah yang belum dilaksanakan akan dikembalikan kepada rakyat Sabah’,” kata Anifah.

Beliau turut berharap isu hak Sabah akan dikembalikan kepada rakyat negeri itu dijadikan manifesto pilihan raya Barisan Nasional kelak.

“Satu-satunya perdana menteri yang memperakui hak Sabah ialah Najib.”




Sumber ‘Tiada dialog kerana Malaysia tak iktiraf tuntutan ke atas Sabah’


Demikianlah Artikel ‘Tiada dialog kerana Malaysia tak iktiraf tuntutan ke atas Sabah’

Sekianlah artikel ‘Tiada dialog kerana Malaysia tak iktiraf tuntutan ke atas Sabah’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: