Judul : Tentera kekang cubaan seludup motosikal curi
link : Tentera kekang cubaan seludup motosikal curi
Tentera kekang cubaan seludup motosikal curi

SERIKIN: Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) menggagalkan hasrat dua lelaki Indonesia untuk menyeludup keluar dua motosikal melalui laluan tikus di ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Sebubok, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, sepasukan anggota tentera diketuai Mejar Noor Azmeer Mat Sani yang menjalankan operasi pemantauan berkenderaan di kawasan berkenaan terserempak dengan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menuju ke sempadan Indonesia.
Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, pasukan itu kemudian menghampiri motosikal berkenaan untuk pemeriksaan namun arahan berhenti tidak dipedulikan mereka.
Katanya, bimbang ditahan pasukan tentera, lelaki itu kemudian memecut motosikal menuju ke kawasan Indonesia yang terletak kira-kira 400 meter dari sempadan negara.
"Lelaki terbabit tidak mengendahkan arahan pasukan rondaan supaya berhenti, sebaliknya mereka terus memecut untuk meloloskan diri ke kawasan Indonesia.
"Pasukan rondaan 11RAMD terus mengejar lelaki terbabit sebelum seorang daripada mereka melompat turun dari motosikal dan melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit manakala seorang lagi terus memecut ke sempadan Indonesia," katanya, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut kemudian menemui Honda Wave CX di kawasan berkenaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selain pelbagai peralatan curi motosikal di dalam sebuah beg yang ditinggalkan lelaki terbabit.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bahagian kunci motosikal berkenaan sudah diumpil dipercayai dicuri suspek sebelum cuba diseludup ke negara jiran dan nilai rampasan dianggarkan RM5,000.
"Motosikal yang dirampas kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut dan kami mengesahkan kenderaan itu dilaporkan hilang sebelum ini," katanya.
Sumber Tentera kekang cubaan seludup motosikal curi