Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT

Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT
link : Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT

Baca juga


Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT

Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT

Foto: Sarah Muhammad Fauzi

Guru ini tular sekitar minggu lepas apabila hasil lukisan 'doodle' nya mendapat pujian dan perhatian netizen. Bagi anda yang tidak mengetahui apakah itu 'doodle', ia boleh dijelaskan sebagai lakaran contengan ringan yang kebanyakannya menjurus ke arah lukisan landskap, corak geometri mahupun animasi yang ringkas.

Anak peneman dan penyokong setia.

Menerusi lukisan di dinding kelas itulah membuat laman Facebooknya dibanjiri beratus notifikasi dan 'friend request'. Guru di Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, Skudai, Johor ini menjadikan 'doodle sebahagian daripada seni yang diminatinya. 

 

Minatnya dalam bidang lukisan bermula sejak kecil. Pemilik nama sebenar Sarah Muhammad Fauzi, 30, mengikuti jejak langkah ayahnya yang merupakan seorang pensyarah seni reka tambahan ibunya juga sukakan bidang seni. Menurut Sarah, "doodle ini akan muncul bila saya bosan atau stress. Tangan jadi tak duduk diam. Jadi saya gunakan masa ini untuk mereka pelbagai jenis doodle."

 Doodle perlukan idea yang kreatif.

Kami sempat bertanyakan apa yang membuatkan dia melukis dinding sekolah? Alkisahnya, ramai guru-guru lain tahu Sarah pandai melukis 'doodle'. Bilik lengkap 'doodle' yang tular tersebut merupakan bilik Rekabentuk dan Teknologi (RBT).

 

"Sebenarnya selain bilik RBT, saya terlebih dahulu melukis 'doodle' di dinding perpustakaan. Dari situlah, seorang guru yang dipertanggungjawab menjaga bilik RBT, cikgu Khairul Anwar nak juga saya lukis dan dia memberikan saya peluang untuk melukis 'doodle'. Sehingga kini, ramai juga guru-guru yang mahukan lukisan saya, antaranya guru kaunseling yang telah menempah saya untuk melukis 'doodle' di bilik kaunseling", jelas Sarah ketika ditemubual.

 hasil doodle dinding perpustakaan.

Guru yang mengajar subjek bahasa Inggeris untuk tahun 4,5 dan 6 ini terus menerus mendapat sokongan keluarga serta rakan baik dari kalangan guru sekolah itu juga untuk meneruskan minat melukisnya. "Sokongan yang paling kuat saya dapat adalah dari suami,cikgu Nizam dan anak saya, uwais, yang sangat memahami. Kadang-kadang dia akan temankan saya menyiapkan 'doodle' di sekolah. Dialah peneman setia saya dikala saya sedang berkarya", ujar Sarah lagi. 

 

Kalau boleh melukis 'doodle' di mana-mana ruang kosong di dalam Malaysia, Sarah impikan melukis 'doodle' di tiang-tiang LRT serata lembah Klang. Kata Sarah, "daripada biarkan tiang tu ditampal dengan iklan along, baik saya lukis doodle. Saya juga kalau boleh nak kumpulkan semua pelukis doodle Malaysia, buat program besar-besaran. Mana tahu boleh masuk Malaysia Book of Record kan."

 Dinding sekolah tular dengan hasil kerja Sarah.

Buat pelukis 'doodle' di luar sana, anda mempunyai bakat luar biasa yang tidak ada pada orang lain. Tidak semua boleh melukis dan dalam melukis itu juga, tidak semua mampu melukis 'doodle'. Sarah turut berpesan, bersyukurlah atas kurniaan Tuhan dan lukislah 'doodle' dengan gaya anda tersendiri. "Semakin unik doodle anda, semakin karya anda akan menonjol dan dihargai ramai", jelas Sarah lagi. 

 

Sumber Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT


Demikianlah Artikel Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT

Sekianlah artikel Selepas Karya Doodle Tular, Guru Ini Idam Lukis Doodle Di Tiang LRT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.