Selepas 10 kad merah dan lapan kad kuning, perlawanan ditinggalkan

Selepas 10 kad merah dan lapan kad kuning, perlawanan ditinggalkan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Selepas 10 kad merah dan lapan kad kuning, perlawanan ditinggalkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas 10 kad merah dan lapan kad kuning, perlawanan ditinggalkan
link : Selepas 10 kad merah dan lapan kad kuning, perlawanan ditinggalkan

Baca juga


Selepas 10 kad merah dan lapan kad kuning, perlawanan ditinggalkan

SALVADOR: Sepuluh kad merah dan lapan kad kuning.

Jangan terkejut kerana ini benar-benar berlaku di Brazil, dalam kejohanan peringkat negeri Bahia ketika perlawanan antara dua pasukan berpangkalan di Salvador, iaitu Vitória dan Bahia.

Ketegangan bermula sejak awal dan berlarutan sepanjang babak pertama, menyaksikan Vitória membuka tirai jaringan menerusi penalti oleh Denílson Pereira Júnior pada minit ke-34 namun dicemari layangan enam kad kuning.

Dan keadaan bertambah parah di separuh masa kedua.

Bahia pula dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-50, dan kekecohan tercetus apabila Vinícius Goes Barbosa de Souza menari meraikan jaringannya di hadapan penonton tuan rumah di Stadium Barradão.

Jarang kita lihat laporan perlawanan sebegini. - Gambar dari Flashscore.com

Lantas, berlaku pertembungan, pergelutan, tumbuk-menumbuk, sepak-menyepak antara pemain kedua-dua kelab menyebabkan perlawanan tertangguh selama 16 minit sehingga kacau-bilau mereda, dan lapan lagi pemain dibuang padang.

Tiga kad merah dilayangkan kepada pemain Vitória, lima kepada pemain Bahia, dengan Vinícius serta tiga pemain simpanan antara yang terlibat.

Ketika permainan berbaki 11 minit, berlaku lagi kekecohan yang menyaksikan dua lagi pemain Vitória ditunjuk jalan keluar oleh pengadil sehingga akhirnya seluruh pasukan tuan rumah meninggalkan perlawanan, dan kemenangan automatik 3-0 diberikan kepada Bahia.



Sumber Selepas 10 kad merah dan lapan kad kuning, perlawanan ditinggalkan


Demikianlah Artikel Selepas 10 kad merah dan lapan kad kuning, perlawanan ditinggalkan

Sekianlah artikel Selepas 10 kad merah dan lapan kad kuning, perlawanan ditinggalkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: