PKR mahu bertanding semua 21 kerusi DUN Selangor

PKR mahu bertanding semua 21 kerusi DUN Selangor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang PKR mahu bertanding semua 21 kerusi DUN Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR mahu bertanding semua 21 kerusi DUN Selangor
link : PKR mahu bertanding semua 21 kerusi DUN Selangor

Baca juga


PKR mahu bertanding semua 21 kerusi DUN Selangor

PKR mahu bertanding di semua 21 kerusi DUN di Selangor pada PRU14. — Foto AFPPKR mahu bertanding di semua 21 kerusi DUN di Selangor pada PRU14. — Foto AFPKLANG, 5 Feb — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu bertanding di semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata naib presiden  parti itu Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata parti itu yakin dapat merampas beberapa kerusi yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum ke-13.

“Kami bertanding 21 kerusi pada pilihan raya lepas dan kami bercadang untuk bertanding di 21 kerusi yang sama (pada PRU14). Kami yakin dapat menanginya,” katanya kepada pemberita selepas mendengar ceramah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis perayaan Ponggal di Kapar semalam.

Dr Xavier berkata PKR harus diberi keutamaan bertanding lebih banyak kerusi  di Selangor memandangkan Menteri Besar dan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pemimpin negeri ini.

“Ada beberapa  pihak yang mahukan (jumlah) kerusi yang sama tetapi PKR ingin menegaskan  bahawa kami adalah kerajaan di negeri ini dan Menteri  Besar adalah  daripada parti kami… oleh itu, kami yang harus bertanding lebih banyak kerusi di Selangor,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 di Selangor, PKR bertanding di 21 kerusi DUN dan memenangi  14 daripadanya.

Bagaimanapun, bilangan itu berkurangan kepada 13 apabila bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memenangi  kerusi DUN Pelabuhan Klang pada pilihan raya lepas, dipecat PKR pada 2014.

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, berkata  beliau tidak pasti sama ada anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang merupakan timbalan presiden PPBM, akan bertanding kerusi DUN di Selangor.          

“Saya tidak tahu tentang itu. Beliau akan  bertanding tetapi saya tidak tahu di mana,” kata Dr Mahathir semasa ditanya mengenai dakwaan bahawa Mukhriz, bekas Menteri Besar  Kedah, akan bertanding di Selangor.

Ditanya mengenai isu perebutan kerusi antara PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor di negeri itu, Dr Mahathir berkata ia perlu diselesaikan secara dalaman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘serangan’ pengerusi Amanah Selangor Izham  Hashim terhadap Mohamed Azmin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor membabitkan isu pengagihan kerusi di negeri itu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin mendakwa  Amanah Selangor ‘tidak amanah’ dan berbohong apabila menyatakan tiada jawatankuasa khas pembahagian kerusi DUN dibentuk  oleh PH.         

Sebaliknya, beliau berkata sudah empat kali mesyuarat diadakan bagi membincangkan soal pembahagian kerusi DUN itu. — Bernama



Sumber PKR mahu bertanding semua 21 kerusi DUN Selangor


Demikianlah Artikel PKR mahu bertanding semua 21 kerusi DUN Selangor

Sekianlah artikel PKR mahu bertanding semua 21 kerusi DUN Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: