Pilih wakil rakyat Melaka dengan bijak, kata Ali Rustam

Pilih wakil rakyat Melaka dengan bijak, kata Ali Rustam - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pilih wakil rakyat Melaka dengan bijak, kata Ali Rustam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pilih wakil rakyat Melaka dengan bijak, kata Ali Rustam
link : Pilih wakil rakyat Melaka dengan bijak, kata Ali Rustam

Baca juga


Pilih wakil rakyat Melaka dengan bijak, kata Ali Rustam

Rakyat negeri Melaka perlu memilih wakil rakyat yang dapat membawa perubahan, kata Tan Sri Mohd Ali Rustam. — Foto oleh Choo Choy MayRakyat negeri Melaka perlu memilih wakil rakyat yang dapat membawa perubahan, kata Tan Sri Mohd Ali Rustam. — Foto oleh Choo Choy MayMELAKA, 3 Feb — Rakyat di negeri Melaka khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil diingatkan agar memilih wakil rakyat yang dapat membawa kepada pelaksanaan pelbagai pembangunan dan kemudahan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata keputusan berkenaan penting agar rakyat tidak sengsara dalam tempoh lima tahun akan datang selain kebajikan mereka terbela.

“Rakyat yang ditadbir pembangkang termasuk di Parlimen Bukit Katil telah rugi dalam pelbagai aspek dalam tempoh lima tahun selepas pilihan raya umum lalu dan ia turut memberi kesan pada pembangunan di kawasan mereka.

“Pembangkang lebih banyak menimbulkan pelbagai masalah daripada menyelesaikan masalah rakyat dan mereka menyerahkan pembelaan serta kebajikan rakyat kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas Program Solat Zohor dan Kenduri Rakyat bersama Gabenor Melaka di Masjid Raudatul Jannah di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Lebih 500 penduduk di DUN Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil hadir pada kenduri rakyat berkenaan dan berpeluang beramah mesra dengan pemimpin BN kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Ali yang juga Ketua Bahagian Umno Bukit Katil berkata wakil rakyat BN sentiasa bekerja kuat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat walaupun tidak memenangi kerusi pada pilihan raya umum lepas.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah melakukan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat Cina di DUN Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil bagi memberi penerangan berkaitan faedah atau kebaikan yang diperoleh apabila mereka memberi mandat kepada BN untuk mentadbir kawasan berkenaan pada PRU14.

“Saya percaya masyarakat Cina tahu apa yang berlaku dalam politik negara dan mereka mendapat pengajaran serta pengalaman sepanjang tempoh lima tahun ini,” katanya. — Bernama



Sumber Pilih wakil rakyat Melaka dengan bijak, kata Ali Rustam


Demikianlah Artikel Pilih wakil rakyat Melaka dengan bijak, kata Ali Rustam

Sekianlah artikel Pilih wakil rakyat Melaka dengan bijak, kata Ali Rustam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.