Pelakon Ditahan, Mengaku Ambil Dadah Sejak 6 Bulan Lalu

Pelakon Ditahan, Mengaku Ambil Dadah Sejak 6 Bulan Lalu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pelakon Ditahan, Mengaku Ambil Dadah Sejak 6 Bulan Lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelakon Ditahan, Mengaku Ambil Dadah Sejak 6 Bulan Lalu
link : Pelakon Ditahan, Mengaku Ambil Dadah Sejak 6 Bulan Lalu

Baca juga


Pelakon Ditahan, Mengaku Ambil Dadah Sejak 6 Bulan Lalu

Menerusi laporan BH online, seorang pelakon dan pelawak tempatan ditahan selepas polis menemui ganja seberat 7.5 gram dan alat menghisap ganja di kediamannya di Taman Melati, tengah hari semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 tengah hari itu, polis turut menemui alat mengisar daun ganja.

‎Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata, tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju.

"Lima anggota menyerbu sebuah rumah di Taman Melati susulan maklumat sebelum menemui seorang lelaki di kediaman berkenaan.

‎"Lelaki berkenaan kemudian mengambil sendiri sebuah beg kain berzip berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu rumah.

"Beg berkenaan mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan daun kering disyaki dadah jenis ganja dianggar seberat 7.5 gram," katanya

‎Mohamad Roy berkata, turut ditemui dalam beg berkenaan, alat mengisar ganja manakala sebuah botol plastik yang diubah suai dipercayai untuk menghisap ganja turut dirampas.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 26 tahun itu mendakwa mendapat bekalan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor.

"Pelakon berasal dari Kuala Kangsar itu mengakui mengambil dadah sejak enam bulan lalu.

"Suspek sudah dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



Sumber Pelakon Ditahan, Mengaku Ambil Dadah Sejak 6 Bulan Lalu


Demikianlah Artikel Pelakon Ditahan, Mengaku Ambil Dadah Sejak 6 Bulan Lalu

Sekianlah artikel Pelakon Ditahan, Mengaku Ambil Dadah Sejak 6 Bulan Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.