Judul : PBB, Perancis gesa pertempuran di Eastern Ghouta dihentikan segera
link : PBB, Perancis gesa pertempuran di Eastern Ghouta dihentikan segera
PBB, Perancis gesa pertempuran di Eastern Ghouta dihentikan segera

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, semalam menggesa pertempuran di Eastern Ghouta dihentikan segera, menyifatkan kempen pengeboman kerajaan di wilayah yang dikuasai pemberontak itu menjadikan ia 'neraka dunia' buat penduduk awam.
"Saya merayu kepada semua yang terbabit supaya menghentikan segera aktiviti pertempuran di Eastern Ghouta untuk membolehkan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang memerlukan," katanya kepada Majlis Keselamatan PBB.
Sementara di Perancis, Presiden Emmanuel Marcon, juga menggesa gencatan senjata diadakan di wilayah itu bagi membolehkan penduduk awam yang terperangkap dalam pertempuran dipindahkan.
"Perancis meminta gencatan senjata di Eastern Ghouta dalam usaha memastikan pemindahan penduduk awam dan memudahkan akses bantuan kemanusiaan secepat mungkin," katanya kepada wartawan, sambil menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad menggunakan kempen memerangi keganasan untuk melindungi tindakannya menyerang penduduk awam. - AFP
Sumber PBB, Perancis gesa pertempuran di Eastern Ghouta dihentikan segera