Netizen panas hati brader ni tayang dua isteri cun dengan 9 anak!: “Nah, suami saya ada dua isteri!” – Isteri kedua

Netizen panas hati brader ni tayang dua isteri cun dengan 9 anak!: “Nah, suami saya ada dua isteri!” – Isteri kedua - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Netizen panas hati brader ni tayang dua isteri cun dengan 9 anak!: “Nah, suami saya ada dua isteri!” – Isteri kedua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Netizen panas hati brader ni tayang dua isteri cun dengan 9 anak!: “Nah, suami saya ada dua isteri!” – Isteri kedua
link : Netizen panas hati brader ni tayang dua isteri cun dengan 9 anak!: “Nah, suami saya ada dua isteri!” – Isteri kedua

Baca juga


Netizen panas hati brader ni tayang dua isteri cun dengan 9 anak!: “Nah, suami saya ada dua isteri!” – Isteri kedua

SELEPAS gambar seorang lelaki yang mempunyai dua isteri cantik tular di media sosial minggu lalu, ketiga-tiga mereka bersama sembilan anak hadir dalam beberapa temubual untuk berkongsi rahsia kebahagiaan mereka.

Semuanya bermula apabila isteri kedua kepada lelaki dari Bangkok, Thailand ini, Warissara Poksrichan, 32, memuat naik gambar mereka bertiga pada Hari Valentine, mendapat 6,000 perkongsian.

“Orang ramai bercakap gah tentang suami mereka di Facebook. Nah, suami saya ada dua isteri!

“Sudah bertahun-tahun dan pemikiran terhadap kamu tidak pernah berubah,” kata Poksrichan.

Suaminya, Manop Nuttayothin, 42, memberitahu media tempatan bahawa dia pada asalnya mempunyai tiga isteri, tetapi isteri pertamanya ‘Dear’ meninggal dunia selepas mempunyai tiga anak bersama.

Dia hidup bersama Poksrichan selama satu dekad dan kemudian menambah ‘cawangan’ dengan mengahwini Nattaya Tongpan, 26. Dia mempunyai tiga anak dengan isteri kedua dan ketiganya, menjadikan sembilan keseluruhannya.

Kedua-dua wanita ini membantu perniagaan Manop, menjual alat-alat ganti kereta dalam acara perlumbaan utama di Thailand.

Manop berkata dia membayar gaji kepada kedua-dua isterinya tetapi enggan menyatakan jumlahnya.

Tetapi Tongpan berkata Manop lebih banyak melabur untuk anak-anak.

Poksrichan bersetuju dengan madunya: “Betul. Untuk anak-anak, dia beri 100 peratus. Untuk isteri, kalau kami minta THB1,000, dia hanya akan bagi THB200,” katanya dengan senyuman.

Bagi Manop, dia mengakui dirinya bertuah mempunyai tiga isteri dan rahsia perkahwinan yang bahagia adalah segera menutup konflik yang timbul.

“Bila ada masalah, saya berbincang dengan mereka mengenai perkara itu pada hari yang sama.

“Kadang-kadang ia berlaku. Saya terlepas pandang sesuatu perkara dan sedar saya melayan isteri tak sama rata. Apabila saya faham itu adalah masalah, saya pastikan saya melayan kedua-duanya sama rata. Itulah yang terbaik.”

Bagi Poksrichan, dia memberi tumpuan untuk membina sebuah rumah tangga yang bahagia dengan suaminya dan Tongpan dan kedua-dua mereka tidak pernah bergaduh.

Poksrichan berkata suaminya adalah seorang lelaki yang adil. Dia juga prihatin dan rajin.

“Ia tentang persefahaman. Kami saling mencintai. Kami saling menjaga. Kerana itu, kami gembira,” kata Poksrichan. -coconuts

Sumber:  Mstar



Sumber Netizen panas hati brader ni tayang dua isteri cun dengan 9 anak!: “Nah, suami saya ada dua isteri!” – Isteri kedua


Demikianlah Artikel Netizen panas hati brader ni tayang dua isteri cun dengan 9 anak!: “Nah, suami saya ada dua isteri!” – Isteri kedua

Sekianlah artikel Netizen panas hati brader ni tayang dua isteri cun dengan 9 anak!: “Nah, suami saya ada dua isteri!” – Isteri kedua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: