Lelaki ditahan bersama 6 warga Myanmar

Lelaki ditahan bersama 6 warga Myanmar - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lelaki ditahan bersama 6 warga Myanmar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki ditahan bersama 6 warga Myanmar
link : Lelaki ditahan bersama 6 warga Myanmar

Baca juga


Lelaki ditahan bersama 6 warga Myanmar

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar selepas menahan sebuah kenderaan di Sekolah Pondok Haji Ali, Kampung Pengkalan Machang, Tok Uban, Pasir Mas, semalam.

Operasi dengan kerjasama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) pada jam 5.30 petang itu turut menahan dua lelaki tempatan berusia 42 dan 49 tahun yang membawa kesemua PATI terbabit menaiki kenderaan berkenaan.

Pengarah Imigresen negeri, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata operasi itu hasil risikan mengenai aktiviti penyeludupan PATI ke sempadan Rantau Panjang yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Pulau Pinang ke negeri ini.

Katanya, bas ekspres terbabit dikesan menurunkan enam PATI berusia 19 hingga 37 tahun berdekatan Masjid Kubang Kerian, di sini, jam 4.30 petang sebelum menaiki sebuah kereta dengan melalui jalan Pasir Hor, Wakaf Che Yeh.

"Tanpa berlengah, pasukan terus mengekori kenderaan terbabit yang melalui jalan Salor lama sehingga kehadiran pihak berkuasa disedari mereka di bulatan Lemal, Pasir Mas.

"Berikutan itu, pemandu kenderaan terbabit mula memecut ke arah jalan Tanah Merah dan memasuki simpang Tok Uban, Pasir Mas sebelum pasukan dengan bantuan AKSEM berjaya menahan mereka di hadapan Sekolah Pondok Haji Ali, Kampung Pengkalan Machang, Tok Uban.

"Pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit dipandu seorang lelaki tempatan dan dibantu seorang lagi lelaki dengan membawa enam penumpang lelaki warga asing," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Wan Mohammed Saupee berkata, kesemua PATI yang tidak memiliki pasport itu dihantar ke depoh Imigresen Tanah Merah, manakala dua lelaki tempatan berkenaan ditahan sementara di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

"Kereta bernilai RM40,000 turut dirampas. Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.



Sumber Lelaki ditahan bersama 6 warga Myanmar


Demikianlah Artikel Lelaki ditahan bersama 6 warga Myanmar

Sekianlah artikel Lelaki ditahan bersama 6 warga Myanmar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: