Kritik RoS, PPBM pun ada 47 aduan tak ikut perlembagaan

Kritik RoS, PPBM pun ada 47 aduan tak ikut perlembagaan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kritik RoS, PPBM pun ada 47 aduan tak ikut perlembagaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kritik RoS, PPBM pun ada 47 aduan tak ikut perlembagaan
link : Kritik RoS, PPBM pun ada 47 aduan tak ikut perlembagaan

Baca juga


Kritik RoS, PPBM pun ada 47 aduan tak ikut perlembagaan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan Tambak Johor dan Linkedua di Bangunan Perdana Putra, 6 Februari 2018. — Foto BernamaDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan Tambak Johor dan Linkedua di Bangunan Perdana Putra, 6 Februari 2018. — Foto BernamaPUTRAJAYA, 6 Feb — Sebanyak 47 daripada keseluruhan 249 aduan diterima Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah berkaitan pelanggaran perlembagaan parti itu, kata timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya menuduh RoS sengaja melengah-lengahkan kelulusan pendaftaran gabungan pembangkang di bawah nama Pakatan Harapan apabila parti itu tidak mengikut perlembagaan yang ditentukan sendiri oleh mereka.

“RoS menjalankan tugas secara profesional dan mereka tiada sebarang kepentingan di dalam mana-mana organisasi politik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata sebagai pemimpin yang pernah mengetuai kerajaan, Dr Mahathir seharusnya mengetahui Akta Pertubuhan 1996 menetapkan tugas RoS adalah untuk menjaga kepentingan anggota mana-mana persatuan atau badan politik mengikut perlembagaan organisasi mereka.

“Kejahilan itu berlaku di pihak mereka sendiri termasuk menghantar perwakilan yang tidak dipilih oleh peringkat bahagian ke mesyuarat agung tahunan dan perwakilan bahagian pun tidak dipilih di peringkat cawangan,” katanya.

Mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 12 Nov lepas yang mematuhi semua syarat diarahkan RoS, Ahmad Zahid berkata surat kepada CEC DAP telah dikeluarkan semalam.

“Surat ini adalah bagi mengesahkan perjalanan DAP sebagai sebuah parti politik kerana mereka telah mengikuti semua arahan yang telah dikeluarkan oleh RoS berdasarkan perlembagaan parti berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan masalah dalaman PPBM dan DAP adalah antara punca pendaftaran Pakatan Harapan masih belum diluluskan. — Bernama



Sumber Kritik RoS, PPBM pun ada 47 aduan tak ikut perlembagaan


Demikianlah Artikel Kritik RoS, PPBM pun ada 47 aduan tak ikut perlembagaan

Sekianlah artikel Kritik RoS, PPBM pun ada 47 aduan tak ikut perlembagaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.