Kit Siang dedah Hadi minta dirinya dilantik Perdana Menteri bukannya Anwar

Kit Siang dedah Hadi minta dirinya dilantik Perdana Menteri bukannya Anwar - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kit Siang dedah Hadi minta dirinya dilantik Perdana Menteri bukannya Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang dedah Hadi minta dirinya dilantik Perdana Menteri bukannya Anwar
link : Kit Siang dedah Hadi minta dirinya dilantik Perdana Menteri bukannya Anwar

Baca juga


Kit Siang dedah Hadi minta dirinya dilantik Perdana Menteri bukannya Anwar

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mendakwa keberangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap partinya itu, adalah berpunca daripada kekecewaannya pada pilihan raya umum lalu.

Hadi, ketika itu, dakwa Lim, meminta sokongan DAP berhubung cadangan supaya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau dirinya dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan, dan bukannya pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Masalah sebenar […] ialah keengganan DAP untuk menyokong Hadi sebagai perdana menteri (pada 2013),” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

“Pada malam sebelum pilihan raya umum ke-13, Hadi menghubungi DAP dan meminta sokongan supaya cadangan Anwar digantikan dengan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri Pakatan Rakyat, dan dia sangat kecewa apabila DAP tidak bersetuju,” katanya.

DAP bagaimanapun berpegang kepada janjinya bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya.

Hadi, kata Lim, kemudian menawarkan dirinya sebagai alternatif kepada Tengku Razaleigh, yang masih kekal setia kepada Umno.

“Hadi berharap DAP juga akan menyokong dirinya sendiri sebagai calon perdana menteri Pakatan Rakyat, kerana PAS (tidak bersetuju) dengan Anwar,” kata Lim.

“Ini mungkin permulaan tindakan Hadi untuk menghancurkan dan memusnahkan Pakatan Rakyat, yang berjaya dilakukannya selepas pilihan raya umum ke-13,” dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.

Hadi sejak kebelakangan ini semakin lantang dalam serangannya terhadap Pakatan Harapan, terutamanya ke atas DAP dan AMANAH, parti serpihannya.

 

Beliau juga dilihat bersikap mesra terhadap Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan dilihat agak berhati-hati dengan kenyataan umumnya mengenai skandal pemimpin Umno berkenaan, khususnya kes anti-kleptokrasi Jabatan Keadilan (DOJ) AS berkaitan dengan 1MDB.

Hari ini Hadi mendakwa Musyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pernah menyuarakan rasa tidak senang dengan sikap DAP dan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin negatif dalam isu kaum dan agama.

Sumber: MK



Sumber Kit Siang dedah Hadi minta dirinya dilantik Perdana Menteri bukannya Anwar


Demikianlah Artikel Kit Siang dedah Hadi minta dirinya dilantik Perdana Menteri bukannya Anwar

Sekianlah artikel Kit Siang dedah Hadi minta dirinya dilantik Perdana Menteri bukannya Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: