Kertas siasatan kes amah mati didera hampir siap

Kertas siasatan kes amah mati didera hampir siap - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kertas siasatan kes amah mati didera hampir siap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kertas siasatan kes amah mati didera hampir siap
link : Kertas siasatan kes amah mati didera hampir siap

Baca juga


Kertas siasatan kes amah mati didera hampir siap

Jasad Adelina Lisio dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Nusa Tenggara, Indonesia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini.

adelinaGEORGE TOWN: Kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera majikannya dalam kejadian di Taman Kota Permai 2, Ahad lepas, hampir siap.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata pihaknya hanya menunggu laporan penuh bedah siasat dan perubatan pembantu rumah itu bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

“Seramai 19 individu termasuk 3 doktor, saksi dan jiran majikan pembantu rumah itu diambil keterangan bagi membantu siasatan serta melengkapkan kertas siasatan tersebut.

“Saya jangka mungkin dalam tempoh terdekat kertas siasatan itu siap untuk diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Computerized Patrolling System (Cops Box) hari ini.

Adelina Lisio, 26, yang mengalami kecederaan parah termasuk luka dan lebam pada badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada kira-kira 4.45 petang Ahad dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Mangsa ditemui kira-kira 8 malam Sabtu selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga pembantu kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Lim dan menahan 2 beradik lelaki dan perempuan itu sebelum menahan ibu mereka iaitu majikan mangsa pada Isnin bagi membantu siasatan.

Thaiveegan berkata mayat Adelina diserahkan kepada pihak Konsulat Indonesia di Pulau Pinang hari ini selepas semua proses dan siasatan selesai dijalankan.

Katanya setakat ini, tiada tangkapan baharu dan hanya 3 suspek utama iaitu 3 beranak yang merupakan majikan kepada mangsa sahaja yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, Naib Konsul General Indonesia di Pulau Pinang Osrinikita Zubhana berkata pihaknya sedang menjalankan proses dokumentasi untuk membawa pulang mayat Adelina selepas mendapat kelulusan polis bagi membawa pulang mendiang ke kampung halamannya.

“Jasad mendiang dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Nusa Tenggara, Indonesia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Kertas siasatan kes amah mati didera hampir siap


Demikianlah Artikel Kertas siasatan kes amah mati didera hampir siap

Sekianlah artikel Kertas siasatan kes amah mati didera hampir siap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: