KBS hadiahkan pusat latihan skuasy RM7.6 juta kepada Kedah

KBS hadiahkan pusat latihan skuasy RM7.6 juta kepada Kedah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang KBS hadiahkan pusat latihan skuasy RM7.6 juta kepada Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KBS hadiahkan pusat latihan skuasy RM7.6 juta kepada Kedah
link : KBS hadiahkan pusat latihan skuasy RM7.6 juta kepada Kedah

Baca juga


KBS hadiahkan pusat latihan skuasy RM7.6 juta kepada Kedah

Alor Setar: Kedah diharap dapat melahirkan lebih ramai bintang skuasy susulan kejayaan empat atlet dari negeri Jelapang Padi ini yang memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Britain 2018 bulan lalu.

Bagi merealisasikan impian itu pusat latihan skuasy baharu di Stadium Abdul Halim di sini bakal dibina dengan kos RM7.6 juta.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap pusat ini akan melahirkan lebih ramai pelapis pemain skuasy dari Kedah selaras dengan potensi negeri ini yang dilihat mampu menjadi negeri sukan cemerlang.

Katanya, ia dijangka siap awal tahun depan dengan kemudahan termasuk lapan gelanggang, ruang media dan pejabat.

"Walaupun perancangannya lebih awal namun ia boleh dikatakan sebagai hadiah kepada negeri Kedah.

"Kita berharap dengan adanya pusat latihan ini, ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi melahirkan lebih ramai atlet pelapis dalam sukan skuasy.

Diharap juga mereka mampu mengikut jejak kejayaan pemain skuasy negara, Datuk Nicol David yang pernah menjadi pemain nombor satu dunia selama 10 tahun sejak 2006," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Pusat Latihan Skuasy Kedah di Suka Menanti, hari ini.

Melalui pembinaan pusat latihan baharu ini, Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah menjangkakan dapat meningkatkan pengambilan atlet pelapis sehingga 120 berbanding 58 pemain skuasy remaja di bawah program MSN ketika ini.

Baru-baru ini, empat atlet dari Kedah iaitu K Segveetrraa (kategori bawah 13), pemain adik-beradik, Aira dan Aifa Azman (bawah 15 dan 17) serta S. Sivasangari (bawah 19) memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Britain.

"Dari segi atlet wanita kita tidak ketinggalan malah mempunyai kedudukan hampir sama dengan negara lain termasuk Mesir namun kita agak ketinggalan sikit dari pembangunan skuasy lelaki," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy meminta supaya penyokong Helang Merah tidak emosi dalam isu perancangan pembinaan stadium baharu di Kedah yang dicadangkan oleh kerajaan negeri.

"Saya minta penyokong Kedah memahami dan tidak perlu emosi dengan pembinaan stadium baharu.

"Saya faham stadium lama itu mempunyai nilai sentimental namun ia adalah untuk keselesaan mereka juga," tambahnya lagi.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri mencadangkan pembinaan stadium baharu di atas tapak stadium lama yang dibina sejak 1962 itu namun mendapat tentangan dari peminat bola sepak berikutan ia terpaksa dirobohkan.



Sumber KBS hadiahkan pusat latihan skuasy RM7.6 juta kepada Kedah


Demikianlah Artikel KBS hadiahkan pusat latihan skuasy RM7.6 juta kepada Kedah

Sekianlah artikel KBS hadiahkan pusat latihan skuasy RM7.6 juta kepada Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: